COKLAT LOLIPOP OREO

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
ASSALAMUALAIKUM...


AMBOIIII.. banyak sungguh masa Seri Kandi ya taip entry panjang-panjang dan masukkan gambar banyak-banyak ek... Jangan tak tahu Seri Kandi ni selalu simpan draf. Biasa Seri Kandi akan curi-curi taip bila ada waktu terluang contohnya ketika rehat pagi, makan tengahari, pelajar ambil ujian dan silap-silap boleh membawa sampai ke malam dan kadang sambung semula esok pagi-pagi (sebab Seri Kandi sampai pejabat awal) barulah Seri Kandi publish. Kalau entry Seri Kandi panjang berjela tu adalah akibat dikarang dan diedit yang terlampau, haha sebab Seri Kandi memang seorang yang teliti ketika mengarang dan membaca. Kalau entry Seri Kandi tu agak ringkas tu maknanya Seri Kandi terus taip dan publish masa tu juga.. jadi jangan sangka yang Seri Kandi ni tak ada kerja pulak ya ;p Macam sekarang ni Seri Kandi sedang menyelia satu tugasan penilaian amali. jadi, daripada Seri Kandi melangut tengok pelajar ni dan tersangap-sangap sebab oksigen dah berkurangan baiklah Seri Kandi caj bateri dengan menaip entry yang Seri Kandi janjikan ini ;-)))))

Seri Kandi juga jarang buat entry auto publish sebab Seri Kandi nak tengok sendiri bulat-bulat macammana entry Seri Kandi selepas di'publish'. Seri Kandi taknaklah nanti akan keluar pula simbol-simbol yang tidak sepatutnya sebagaimana masalah yang dialami sekarang di mana blogger bermasalah untuk memasukkan gambar, perlu tukar dari 'compose' ke 'html' lepas tu nanti banyak pulak istilah dan simbol yang terkeluar. Memang blogger.com sekarang ni agak memeningkanlah.. pada Seri Kandilah, blogger lain mungkin okey jer, Seri Kandi nikan mudah panik, hehehe.

Sebagaimana yang semua sedia maklum (alahai... macam surat rasmilah pulakkan) Seri Kandi dah berjanji akan kongsikan cara untuk menghasilkan 'Coklat Lolipop Oreo' ini yang Seri Kandi buat untuk diagih-agihkan kepada kawan-kawan anaknda Seri Kandi, Iman aka Yaya di tahun akhir Iman bergelar kanak-kanak nikan, memandangkan ada permintaan untuk Seri Kandi kongsikan cara membuatnya. Tapi rasanya, kalau tak ada yang meminta pun tetap juga Seri Kandi masukkan entry di sini sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri. Sebelum membuat sendiri Coklat Lolipop Oreo ini sebenarnya Seri Kandi banyak merujuk kepada blog Kak Ita Masam Manis. Cuma Seri Kandi tidak masukkan coklat cair ke dalam piping bag macam Kak Ita dan lebih selesa menuang terus coklat yang masih cair ke dalam acuan lolipop oreo. Seri Kandi juga menggunakan periuk khas untuk mencairkan coklat jadi kerja Seri Kandi menjadi lebih mudah. Bagi yang tiada periuk khas ini, anda boleh mencairkan coklat mengikut cara tradisional dengan merujuk kepada blog Kak Ita di sini ya. Kepada Kak Ita, terima kasih atas budi baik Kak Ita berkongsi ilmu coklat oreo tu ya. Seri Kandi akan kongsikan di sini dalam bentuk gambar dan caption untuk rujukan kawan-kawan yang lain pula.

Mula-mula kenalah siapkan alatan dan bahan guna habisnya.. acuan untuk coklat oreo lolipop mesti ada. Jangan silap beli acuan nanti tak boleh pulak nak masukkan 'stick'nya.

Senarai bahan/ alatan :
1. Coklat Susu Compound (Seri Kandi guna jenama Beryls)
2. Biskut Oreo
3. Lolipop Stick
4. Edible Image
5. Acuan coklat yang sesuai
#Seri Kandi campur sedikit 'dark chocolate' jenama Le Bourne
 
Inilah periuk khas mencairkan coklat Seri Kandi. Untuk mencairkan coklat, suis pemilih hendaklah diletak di julat LOW, Julat HIGH tu untuk mencairkan caramel. (p/s Seri Kandi orang teknikal sebab tu tulis ayat skema gitu.. hehe)
kalau guna periuk ni sekejap jer coklatnya dah cair. Kacau-kacau sedikit bagi rata. Pastikan periuk bebas 100% dari air dan lembapan.
Buka lapisan oreo dan tekankan 'stick' di tengah atas krim. Tangkupkan semula biskut oreo
Seri Kandi tak masukkan coklat cair dalam piping bag macam Kak Ita tetapi Seri Kandi gunakan bekas bermuncung ni untuk memudahkan menuang coklat cair ke dalam acuan. Tuang jangan sampai separuh acuan pun ya, karang melimpah bila masukkan oreo.
kemudian letakkan biskut oreo yang telah dipasang 'stick' tadi ke atas coklat dalam acuan
tuang perlahan coklat cair hingga menutupi keseluruhan biskut oreo dan memenuhi acuan. Hentak berlipat acuan perlahan untuk meratakan aliran coklat. Simpan di dalam peti ais selama 10 minit.
dalam sepuluh minit sahaja semua coklat sudah boleh dikeluarkan dari acuan
Kalau Kak Ita sapu coklat cair di belakang edible image,
Seri Kandi sapu coklat cair di permukaan coklat oreo yang dah siap.

lekatkan edible image
buat sampai habis
masuk plastik kalau nak bagi orang.. kalau nak makan sendiri takyahlah plastik2.. hehe
lepas tu bolehlah ikat cantik-cantik ;-)))))))

cantik ka?????
Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. coklat lollipop mcm ni mmg kegemaran budak budak...masa majlis akikah anak saya & anak sedara, ada jugak wife saya buat lollipop coklat ni.Tapi versi yg takde Oreo la...:)

    ReplyDelete
  2. WAAAAAAAAAAAH AKAK...SWEET NYA..TERINGIN JUGAK NAK WAT COKLAT BAGAI MCM NIE TP PERALATAN SEMUA X CUKUP..NANTI NAK KENA JENGOK2 KEDAI BAKERY LA BAHAN2 ASAS MCM AKAK NIE

    ReplyDelete
  3. pasti pelajar2 ingatkan seri kandi sedang sibuk buat kerja dok ketup ketap menaip di laptop tu kan.. hehehe...

    ReplyDelete
  4. tq share this. Kena cuba ni !

    ReplyDelete
  5. wala kak....mna mau cari itu periuk....bekenan sudah....hehe....pntang tau tgk bende2 dapor yg menyenangkan nie....teringin je gamaknya....!

    ReplyDelete
  6. Wahh...saya memang kagum dengan Kak Sari.

    ReplyDelete
  7. Kalau macam ini mak budak pun nak juga Seri Kandi. Tak payah ada katun-katun tu sini bagi kakak rasa:)

    ReplyDelete
  8. suka..suka..suka...

    xde lah susah sgt buat yer. nnti klo btl2 free nk cuba buat la..utk asya..mesti dia suka sgt

    ReplyDelete
  9. cantek dan meriah nampak coklat2 ni..

    ReplyDelete
  10. tgk akak buat mcm senang. teringin gak la nak try. kot2 ada bakat. hehe
    Kisah ibu pencen muda

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!