KUIH BADAK WARISAN... MATI-MATI INGAT CUCUR BADAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

ASSALAMUALAIKUM...

SK sekarang berada di Melaka, Bandaraya Bersejarah. Orang kata, kalau melawat Melaka bererti melawat Malaysia, betul ke? Gitulah ceritanya. Sebenarnya Sk dan ER memang tak ada plan langsung nak ke sini. Tapi dua tiga hari lepas memang ER ada berbunyik betapa teringin sangat dah lama tak makan ikan bakar di Melaka. Rasanya dah lama benar, SK pun tak ingat bila kali terakhir kami bermalam di Melaka dan menikmati keenakan ikan bakar bersama nasi lemaknya.

Tup-tup pagi semalam beriya ER mengajak. Dia suruh standby baju sekali, kalau ada hotel kita tidur, tak ada kita balik, katanya. Dalam perjalanan, Alhamdulillah, percubaan sekali sahaja terus dapat bilik. Dan mungkin kerana hari bekerja bagi warga Melaka dan kebanyakan warga lain amnya, kami tak perlu menunggu lama untuk dapat kunci bilik walaupun biasanya waktu untuk check-in adalah jam 3 petang.

Kemudian ER kata, dah lama tak makan Mi Sup Tengkera. Ialah, jom! Ajak SK. Dalam perjalanan ke sana, Sk ternampak sign board Kuih Badak Warisan ni. Macam menarik tapi sebab tujuannya nak makan Mi Sup, kami teruskan perjalanan yang tinggal beberapa ratus meter sahaja lagi. Rupanya Mi Sup Tengkera belum buka lalu Sk ajak ER patah balik ke Kuih Badak Warisan tu. Oh, ramainya orang nak beli kuih badak ni tapi bentuknya tak macam cucur badak pun. (Sk ingatkan kuih badak dan cucur badak adalah kuih yang sama).

Sementara tunggu orang ramai tu, ER ajak makan nasi campur dulu yang turut dijual di situ. Lepas makan nasi Sk terpaksa beratur pulak tunggu kuih badak. Kalau tahu tadi order awal-awal kan, huhuhu.

Rupa-rupanya kuih badak dan cucur badak memang spesies yang tak sama langsung. Kuih badak ini rupanya seperti karipap dan intinya adalah taugeh, sengkuang (yang dicelur) dan udang geragau yang digoreng tanpa minyak. Kulitnya pula dibuat dari tepung gandum dan air dan dibentuk seperti kulit wantan.

Kulit kuih badak ini terlebih dahulu diselet dengan sambal seperti sambal popia basah barulah diletakkan inti sayuran tadi dan kemudian kulit ini dilipat dua dan dilekatkan dengan air dan digoreng garing. Ia dihidangkan bersama sos ala-ala popia sayur tulah. Rasa? Entahlah ya, Sk punya tekak kurang boleh terima inti tu jadi Sk keluarkan semua intinya dah macam budak kecik pulak. ER pulak nampaknya suka, laju jer dia celup kuih ni dalam sos. Tapi memang ramai yang beratur membeli. Orang cina pun ramai yang beli tau.

p/s SK post melalui tablet jadi tak pandai nak masukkan gambar setiap para. Layan jerlah gambar.kat bawah ni ya ;-)

Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ni sebijik macam samosa masa kak rose bli kat Narathiwat masa g jenjalan ari tu...cengginilah rupa n isi nya...kata penjual tu, inilah samosa yg popular kat Mesia. macamlah kita x tau camner samosa tu kan..... dan rasanya, tekak kak rose x leh terima la....

    ReplyDelete
  2. oh first time nengok kuih ni. Cam popia jer...

    ReplyDelete
  3. Kak...saya yang orang Melaka nie pun tak pernah try lagi kuih ni tau...hehehehehe. Cayalah kak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!