CARA NAK KENAL ORANG TU DULU HIDUP SUSAH KE SENANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
15

ASSALAMAUALAIKUM...

AMBOIIIII.. terrrrajinlah pulak menhapdate dua kali hari ni ya. Kalau nak lagi rajin petang-petang nanti silap-silap ada lagi satu entry Sk post.. tengoklahhh, hehehe. Hari ini Sk makan bakso bagi menggantikan nasi. Beli dari kantin, perghhhh! Patutlah kawan sebilik Sk hampir setiap hari makan bakso, power rangers betul rupanya bakso kantin ni. Esok boleh makan lagi ni :))))

Anda tahu tak nak membezakan seseorang tu lahir dari keluarga senang atau susah? Haaaa, kalau nak tahu, tengok cara dia makan. Kalau licin jer pinggannya tu biasanya dia datang dari keluarga yang susah. Yang maknya selalu ingatkan supaya licinkan pinggan. Jangan membazir nanti nasi menangis. Setiap kali ibu Sk cakap macam tu mesti Sk teringat kisah Pandak Maya ayah kepada Mahsuri. Suatu malam Pandak Maya dengar suara bayi menangis. Pandak Maya ni dah lama berkahwin tapi tak ada anak. Jadi, dia pun carilah suara bayi tu rupa-rupanya datang dari kerak nasi. Kemudian Pandak Maya suruhlah isterinya tu makan kerak nasi tu dan tak lama kemudian isteri Pandak Maya pun hamil. Jadiiiiii, Sk selalu bayangkan macam tulah nasi menangis kalau tak habis, untung apa nanti ibu boleh mengandung kalau makan boleh dapat bayi macam Mahsuri, hihihi. Itu antara versi cerita Mahsuri yang mula-mula Sk dengat. Okey, tahu-tahu, Sk sedang kornar baring sekarang :p

Baiklah, berbalik ke pangkal jalan, cara kenal orang tu dulu susah atau senang, selain dari pinggannya licin dia mesti akan tinggalkan satu benda yang paling sedap untuk suapan terakhirnya. Contoh, kalau makan mee ada udang, dia akan tinggalkan seekor udang tu untuk suapan akhirnya. Kalau makan nasi dengan daging dia akan tinggalkan seketul daging untuk suapan terakhirnya. Kalau makan burger dia akan tinggalkan sikit daging burger tu untuk suapan akhirnya. Kalau makan pizza, dia akan tinggalkan sikit cheese dengan sosej untuk suapan terakhirnya. Kalau makan bakso...

Betullllllll, anda macam tu tak????

Tags

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalamualaikum,
    Yaaaaaa suapan terakhir!

    ReplyDelete
  2. eh! kkida pun camtulah seri, kalau makan nasi pinggan mesti licin, sampai menjilat jari lagi....yang tinggal udang sekor dalam pinggan tu pun betul...hehe...:)

    ReplyDelete
  3. kalau akak mkn memang licin manjang.. tak pernah tak abis... mmg tak suka pembaziran.. tp mmg betul pun.. asal dr keluarga susah..
    kalau suapan terakhir tu benda2 yg sedap... selalu terjadi pada anak2 akak especially kakak dini & haziq... sengaja dia tinggalkan yg dia suka tu untuk mkn last sekali... kdg akak & suami suka usik dorang tanya yg ni taknak ker?? hehehe.. padahal dah tau dorang suka simpan & mkn last... & memang betul pun.. anak2 akak mcm tau yg mak ayah dorang memang bukan orang senang... betul sangatlah tu... :-)

    ReplyDelete
  4. He3....seri ni mcm tau2 je akak pun camtu. Lauk yg sedap mesti makan last sbb nk menikmatinye puas2 he3...ank2 kat rmh ni pun akak selalu pesan abiskan mknan. Nti mknan nangis....

    ReplyDelete
  5. saya selalu makan licin pinggan. Selalu tinggalkan tulang ikan atau tulang ayam je... sebab lauk yang sedap dah ngap awal2 sebab orang miskin jarang jumpa lauk yang sedap..hihihi...

    ReplyDelete
  6. baru semalam makan bakso.. gaya makan lebih kurang cenggini la..suapan terakhir ialah sebiji bebola..

    ReplyDelete
  7. Salam Sari..k.atie lom pernah mkn bakso lg.Jumpa gak org jual tp mcm tak teringin nak try :)

    ReplyDelete
  8. Setiap kali nasi or menu yg ada telor, saya tinggalkan yg kuning utk suapan terakhir..!

    ReplyDelete
  9. Macam mana boleh pandai sangat nih kak sari...hahaha....

    ReplyDelete
  10. Suapan rejeki terakhir itu barokah

    ReplyDelete
  11. kalau lauk sotong... last skali cucuk dekat jari.. kemudian ngappp !!! nikmat betul kan !!!

    ReplyDelete
  12. he hhee bijak betul sk kn..akk suka mkn lauk dulu.nsi kndian..sbb nk mkn sdap jew dulu.ha haa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!