ASSALAMUALAIKUM...
PERCUBAAN pertama membuat kek hitam putih Rusia. Kek ini Sk sediakan untuk anaknda sahabat SK yang menyambut hari lahirnya yang ke 6 baru-baru ini. Aiman namanya, meminta tema transformers tapi di akhir pencarian Sk tak jumpa edible image tema tersebut. Sudahnya Ben 10 yang menjadi pilihan, nasib baiklah Aiman okey, dahlah SK memang buta bab kartun-kartun budak-budak sekarang ni, hehehe.
|
sepatutnya nak letak M&M tapi habis lak kat kedai.. tak faham kenapa warna kuning paling banyak dalam bungkusan coklat tu, huhu |
Sk minta ampun dan maaf pada sahabat Sk tu kerana deco kek yang amatlah buruks. Ya, Sk memang gagal bab mendeko kek ni. Kalau bagi SK deco rumah, insyaAllah.. kalau kek.. astaghfirullah... sabar ajelah. Tapi sahabat Sk ni memang jenis tak kisah.. tu kata yang keluar dari mulut dia, hati dia adoi.. mintak-mintaklah tak kisah jugakkan.. huhu. Tapi Sk tahu, kawan Sk ni memang baik. Beliau selain dari kawan adalah juga pelanggan yang tak pernah
serik jemu menempah kek atau cheese tart dengan Sk :-)))))
Resepi kek Sk gali dalam blog Kak Masam Manis kita, Azlita Aziz. Menurut kata Kak Ita, resepi kek ini adalah gabungan antara resepi
kek coklat lembab Munira Baharom dan
Devil's Food Choc Cake oleh Shelly Kaldunski. Kepada Kak Ita, terima kasih atas idea dan tunjuk ajar cara menyediakan kek ini. Terima kasih Sk juga kepada Munira Baharom dan Shelly Kaldunski atas resepi anda yang marvelous ini. InsyaAllah, jika ada rezeki dan kesempatan Sk akan cuba lagi membuat kek ini dengan lebih gorgeous lagi.
|
birthday boy.. Aiman |
KEK CHOC MOIST
Oleh : Munira Baharom
Sumber : Azlita Aziz
Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.
Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak
Bahan C
4 biji telur ~ diblender
Panaskan kukusanSediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikanPanaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B Kacau sebati, guna spatula aje.Tuangkan adunan dalam loyang Tutup loyang dengan aluminium foilKukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.
*Sk tak kukus kek ini sebaliknya Sk bakar dengan suhu 165 darjah selsius selama 50 minit. Alhamdulillah, keknya tetap lembab walaupun dibakar.
CHOCOLATE GANACHE
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air
Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.
Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita letak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras.
CREAM CHEESE FROSTING
*Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.
125gm Philadelphia cream cheese (Sk letak 200gm)
60gm mentega (Sk tak letak)
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ tak letak
sedikit pewarna kuning ~ tak letak
Pukul cream cheese sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan esen.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.
Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.
Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Picitkan krim melintang atas kek (tengah2) berselang-seli dengan ganache. Buat sampai habis. Boleh rujuk step by step di blog sifu kita tu ya.. hihi.
Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit (Sk tak masukkan sebab tak sempat, huhu) kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini mulakan dengan ganache di tengah. Buat sampai habis juga. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit.
Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.
Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.
Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.
Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.
Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja .
Kemaskan kek. Sk potong tepi kek untuk menampakkan corak ganache dan cream cheese tersebut seperti yang diajar sifu kita DI SINI.
Akakkkkkk!!!! Rajinnya...telatennyaaaaa! Kek ni susah kan.... Err...sayalahh yang rasa susah tu
ReplyDeleteSedap kek ni..memang terasa coklatnya
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletekek ni sangat cantik dan nampak sedap..teringin mau try buat nanti..
Amboiii sk
ReplyDelete.dlm diam rajin tu..akk x try kek ne lg tau.