ASSALAMUALAIKUM...
ANDA peminat jeruk? Hantu jeruk?? Kaki jeruk???
Hehehehehe.. Sk tak masuk mana-mana kategori tupun. Ada, Alhamdulillah, tak ada pun tak apa. Malah semasa Sk mengandungkan Iman dulupun Sk tak minat makan benda yang masam-masam ni. Pelam muda atau apa-apa yang muda memang bukan selera Sk apalagi benda-benda yang masam. Sk masih ingat semasa mengandung dulu perkara yang Sk pantang sekali adalah ayam guling-guling tepi jalan tu. Tengok pun tak boleh, hehehehehe.
Eh! Tadi kata nak cerita pasal jeruk.. tetiba termasuk cerita ayam pulak, hehehe.. ikalan sekejap :p
Tapi... Er rupanya peminat jeruk. Duluuuuuu.. semasa kami bekerja bawah satu bumbung
(masa tu belum cintun lagi) Sk pelik setiap kali ada jeruk mesti ada kawan yang bagi dekat dia. Ialah, macam pelik jerkan orang lelaki makan jeruk. Rupanya bila dah kahwin barulah Sk tahu yang ER ni hantu jeruk. Pelam muda pun hantu jugak tu, huhuhu. Eh, ampunnnn... tercakap suami hantu pulak, hiks. Asal jangan menantu hantu sudahlah ya kekandaaaa...
Jadi, setiap kali balik ke utara, ER pasti ajak singgah ke Pulau Pinang
semata-mata membeli jeruk. Apa istimewanya jeruk Pulau Pinang??? Yang itu Sk tak pasti, yang Sk pasti jeruk Pulau Pinang lebih sedap dan harganya pun murah. Sk yang dulu tak minat jeruk pun dah pandai makan jeruk tau cuma belum jadik hantu jerrr.. erkkkk!!
Ada berpuluh-puluh jenis jeruk di sini... kebanyakan buah boleh dijadikan jeruk. Yang paling popular tentunya jeruk pala tetapi Sk tak minatlah pulak. Sk lagi suka jeruk pelam... huhu.. kecurrrrrrrrrrrrrr!!!
Kalau kebanyakan memilih untuk membeli jeruk di Pasar Chowrasta atau
Jeruk Madu Pak Ali (yang sangat terkenal tu) sebaliknya selera kami berbeza. Sk dan ER lebih suka membeli Jeruk Madu di Balik Pulau yang terletak di Taman Manggis. Keistimewaan jeruk di sini adalah lebih sedap, jauh lebih murah dan tidak membawa kebarangkalian untuk batuk walaupun duduk mengadap sekilo jeruk, hehehe.
Rasa jeruk yang sebenar... memang betul-betul rasa jeruklah.
Sebab pada tekak Sk (dan ER) ada juga jeruk yang cuma rasa masam dan manis semata-mata.. macam kita rendam dalam air gula sahaja. Cuma Sk nak beritahu, pada sesiapa yang belum cuba jeruk madu di Taman Manggis ni bolehlah cuba sendiri, baru tahu. Kebanyakan pelanggannya adalah pelanggan tetap, bukan dekat ya nak pergi ke Balik Pulau ni tapi cuba fikir kenapa kami sanggup datang ke sini... sedangkan bersepah-sepah kedai jeruk popular kat Tanjung ni :p
aduhhhh kak...
ReplyDeleteterliurrrrr nengoknya...
kak yus ni sajer jer tau buat org kecurrr.....dah la saya pun hantu jeruk.....menjeruk rasa nampaknyerr....
ReplyDeletesaya penah makan tapi tak penah beli sendiri lagi. memang sedap...!
ReplyDeletelama dah tak masuk blog ni Yusa. ni semua jeruk punya pasal. hahaha...
ReplyDeleteya ampunn.... tes tes tessss... menitis air liur akak SK.... Uwaaaa....
ReplyDeletemak aii ni salah satu lagi feveret ana..memang mengancam tengok asam2 ni SK..
ReplyDelete