DAYANG SENANDUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM...

DESIRAN bunyi pancuran air yang turun agak laju menenggelamkan bunyi di luar bilik air. Macam ada orang ketuk pintu. 'Urmmm... perasaan ajer kot,' kata hati Sk. 'Eh, betullah... ni mesti Iman, entah apa dia nak ni???' Sk tarik pintu bilik air...

"Oh, mak ko terkejut bonda, Iman!!!"

"Astaghfirullahalazimmmmm..."

Dahlah pakai baju hitam.. mukanya pun dicat hitam sampai satu apa pun tak nampak kecuali mata putih... dah macam Dayang Senandung.

"Urmmmm, macam ni ke pakai??" Sambil mengangkat dua jari telunjuk kanan dan kiri menghala ke mukanya sendiri.

Sk tersenyum... haaa.. anak aku dah pandai nak melawa. Sk beli masker hitam tu dari kawan sekerja. Katanya bagus untuk menanggalkan bulu-bulu halus di muka, white head, black head dan memulihkan kulit yang kusam. Iman pun sibuk nak bertopeng muka juga, nak cantik juga. Malas nak larang, Sk iyakan juga. Dari sejak Sk beli tu dia tak sabar nak pakai tapi tak ada peluang. Agaknya dah tak ada kerjalah tu belum apa-apa dah sibuk nak pakai sendiri. Haaaa.. ni pertama kali tau Sk bagi dia pakai masker ni... tapiiiii... kenapa macam pelikkkkk ajer.

Siap mandi, Sk pun join Iman bertopeng hitam. Sk sapu masker rata-rata lepas tu Sk duduk kat sofa mengadap tablet. Iman datang duduk di sebelah sambil mulutnya menceceh.

"Syhhhhhhhhhh!" Sk letak jari telunjuk ke mulut.

"Apa?"

"Syhhhhhhhhh!!" (Pakai masker mana boleh bercakap - guna bahasa isyarat dengan bunyi urm urm urm yang keluar dari mulut)

"Apa?? Yaya tak fahammmm..."

Adohai... terkemut-kemut pipi tahan gelak... "Syhhhhh...." sambil toleh tengok muka Iman. Ya Allah, kenapalah anak aku habis satu muka sapu termasuklah kelopak mata... adohaiiiiiiiiiii!!! Patutlah dari tadi Sk fikir apa yang pelik dengan muka Iman.

"mmmm... mmmm... mmmm... mmmmm....mmmmm..."

"Apa?"

"mmmm... mmmm... mmmm... mmmmm....mmmmm..."

"Aaaa... apa? Yaya tak faham..."

"mmmmm... mmmm... m m m... mmmm... mmmmmm.. mmm"

Iman geleng-geleng kepala... sakit rahang Sk tahan ketawa.

"kenapa Iman pakai masker sapu kat kelopak mata????" akhirnya keluar juga suara

"ooooohhh... haaaaaaaaa... mana tahu..."

"mih mih mih mih mih mih....33X" (bunyi orang ketawa sambil tutup mulut)

Adohai... patutlah nampak dah macam Dayang Senandung... hihihi... Imannnn... Imannnnn....

tapi tetap comeykannnnnn!!

Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hhahahhaaha!!
    terpanjat !!

    cuba anak beranak ni pakat-pakat serghah abahnya pulak!!

    ReplyDelete
  2. hahaha...saya pun selalu pakai ni dengan anak dara nan sorang tu. Best kan! lepas tu rasa muka tegang dan bersih je!

    ReplyDelete
  3. Hahaha... tu dia Iman dah auntie tak tahan dah dibuatnya:)
    Patut pun ibu kata pelik:)

    ReplyDelete
  4. teringat masa anak kecik dulu.... mamanya pakai masker, bila bukak pintu masa dia balik dari tadika terus jerit hantuuuuu sambil menangis sekuat hati. mama pulak yg terperanjat! kesian anak mama, kenangan sungguh!

    ReplyDelete
  5. kalau akak pun mesti opocot juga.... hehehe...

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha...betul lah... hahahahahha. Lawaklah Iman ni...hihihihi

    ReplyDelete
  7. kakpb pakai masker tomato je Sari. ada beli pun tak nyempat nak menepek kekadang tu....sambil masak sambil sapu...haha
    dulu kan, rajin sgt tepek dgn putih telor, bagus tau.
    ingat lagi lumpur hitam jenama Nutrimetic....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!