CUCUQ UDANG UTARA.. NGETEH!!

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

ASSALAMUALAIKUM...

ENTAH kenapa kelmarin hati Sk ni macam dipanggil-panggil untuk singgah pekena Cucuq Udang Utara ni. Lokasinya di Taman Sri Pulai, JB, antara taman yang paling lama wujud di Kangkar Pulai, dah lebih 20 tahun rasanya taman ni. Jadi, walaupun masa tu Sk berseorangan Sk nekad jugak untuk mengeteh di sini. Dah tua-tua ni ada ke yang nak mengorat Sk. Kalau ada alamat memang bukan rabun lagilah mata orang tu, tapi buta, hihihihi.

Cucur udang (yang tak nampak udang) di sini diimakan bersama kepingan tauhu goreng dan hirisan timun. Dicicah pula dengan kuah kacang dan dihidang pula di dalam bakul. Jadi walaupun tak nampak udangnya ia tetap menjadi tarikan kepada pengunjung. Memang tak ada meja kosong, kena tunggulah orang lain habis mengeteh. Nasib baik masa Sk sampai ada sepasang suami isteri berbangsa cina baru bangun jadi teruslah Sk dapat duduk. Depan gerai pulak tu, hihi.

Jadi, kepada Johorean yang nak ubah selera petang hari, jomlah mengeteh di sini. Ada juga gerai goreng pisang, keledek dan keropok leko, nasi lemak daun pisang dan laksa penang. Jom!!!

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cicah dengan kuah kacang? Okeh, tak ada nampak udang pun tak per. Lulus.

    ReplyDelete
  2. Org Johor suka mkn mcm ni kan...akak pun...tp cikgu fahmi allergi kacang, huhu...mkn je mula la benjol kat muka:-D

    ReplyDelete
  3. wpun tak nampak udangnya....tp tgk cam sedaaaap jer...nampaknya nak kena cari jugok petang ni...nk g johor jauh sgt...:)

    ReplyDelete
  4. lama x pekena ni nampak sedap sungguh tu !

    ReplyDelete
  5. fav saya ni ... aduhhhh sungguhhhhhh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!