SEMALAM Sk gelak besar bila baca post di Blog Sis Hajiah Surihani yang berbunyi begini :
'TELUR, TENUSU, DAN HASIL BERKAITANNYA.
Itu antara yang tidak dibenarkan mendarat di bumi Australia. Lebih-lebih lagi telur dinosour. Tapi, kalau dalam rambut ada telur kutu, boleh saja.'
Hahahahahahaha... mungkin bagi orang lain ayat ini tak kelakar tapi Sk boleh bayangkan gaya selamba Sis Hajiah menulis. Ya, beliau memang seorang penulis yag selamba. Sk sangat suka baca catatan dalam blognya dengan URL 'mari kita jadi baik' tu. Cuma beliau amat jarang menulis, Sk fikirkan beliau orangnya tentu sibuk sekali dengan keluarga dan kerjaya
Disebabkan Sk suka sangat dengan ayat tu sampai berulang-ulang membacanya dan Sk suka nak kongsi kekelakaran itu dengan kawan-kawan jadi Sk post status di fesbuk dengan ayat yang sama. Dan dah jadi kebiasaan setiap kali dalam perjalanan balik kerja (jika bersama ER) Sk akan tanya jika dia ada baca benda-benda kelakar yang Sk post di fesbuk.
"Post yang mana satu? Babah lupa..." tanya ER. Lalu Sk pun ceritalah tentang telur dan tenusu tu. Berdekah-dekah kami ketawa dan lagilah nak pecah perut bila ER buka rahsia seorang kawannya semasa mereka mengikuti satu trip syarikat ke luar negara (off record) suatu ketika dahulu. Masa ni Sk belum kenal dengan ER lagi maknanya peristiwa dah lebih sepuluh tahun tapi memang peristiwa yang tidak boleh dilupakanlah. Siap bercerita dengan gaya-gaya sekali tuuu.
PETAI DAN PLAYBOY
KAPAK (bukan nama sebenar) amat teruja kali ini. Disebabkan prestasi syarikat yang mencanak-canak tingginya dan ekonomi syarikat berkembang dengan begitu baik, beliau dan staf lain telah mendapat peluang untuk melancong ke luar negara. Dah menjadi kelaziman syarikat memberi imbuhan demikian kepada staf yang bekerja keras demi memajukan syarikat dan destinasi kali ini adalah ke negara orang putih. Memang dah lama Kapak mengidam untuk terbang ke negara tersebut. Bila dapat peluang memang tak mungkin ditolak.
Sehari sebelum terbang, Kapak mula susah hati. Kapak yang mempunyai lidah melayu mula memikirkan dapatkah dia berhadapan dengan situasi di negara orang yang menjadikan roti sebagai makanan ruji. Sudahlah tidak dapat dipisahkan dengan nasi. Sambal belacan juga wajib dalam menu sehari-hari. Kalau ada petai lagilah makan tak menoleh kanan-kiri. Lalu Kapak bertekad, apapun terjadi dia mesti bawa petai kali ini. Petai tak berbau macam durian dan belacan. Mesti lepas ni!
Kapak berkira-kira di mana nak disorokkan petai tiga papan itu. Semasa mengemas-ngemas seluar dan baju, Kapak mendapat idea memasukkan petai dalam lipatan baju. Dia langsung tidak memberitahu kawan-kawan yang lain. 'Ini misi rahsia, orang lain tak boleh tahu,' kata hati Kapak.
Kapak lega. Beg mereka selamat melalui pemeriksaan kastam. Mereka dibawa ke hotel. Tapi Kapak belum lagi bersedia untuk mengeluarkan petainya. Kapak memeriksa itinerary lawatan. Wahhhhh! Esok mereka akan menikmati makan tengahari di Restoran Masakan Malaysia. Masa yang sesuai untuk menikmati petai... hehehehe. Kapak menyedut puas-puas bau petai tiga papan itu sebelum menyimpannya ke dalam beg sandang.
Semua ahli rombongan ceria bila di bawa ke Restoran Masakan Malaysia di negara orang putih. baru dua hari meninggalkan tanah air mereka benar-benar rindukan masakan ibunda. Ada yang rindu nasi.. ada yang rindu kari.. ada yang rindu asam pedas. Teh tarik dan roti canai pun ada, hebat!!!
Pelayan-pelayan restoran menghidangkan lauk-lauk yang telah dipesan lebih awal melalui ejen pelancongan yang ditempah syarikat. Datang seorang pelayan membawa dua mangkuk kecil dan meletakkan ke atas meja makan. Semua terlongo sambil menjenguk ke dalam mangkuk.
"Sambal belacan????"
"oho oho oho oho...." semua teruja giler.
"Ni kalau ada petai sedap nih!"
"Errrrr.. korang nak ke?? Aku ada..." teragak-agak Kapak bersuara.
Semua menoleh ke arah Kapak. Perlahan-lahan Kapak menarik keluar petai tiga papan dari beg sandang. Semua ternganga. Kapak tersengih lebar :))))))
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Puas melancong di negara orang sampailah masa pulang ke negara sendiri. Kapak tetap Kapak. Ada saja yang nak diseludupnya bawa balik. Kali ini Kapak membawa pulang majalah-majalah yang diharamkan dijual di negara hujan batu. Majalah apa?? Sila rujuk tajuk di atas.
"Ishhhh... cemana aku nak bawa ni? Nak sumbat mana???" Kapak teringat idea dia menyelit petai di celah lipatan baju. Idea yang boleh diguna pakai ni, katanya dalam hati.
Sampai di lapangan terbang Malaysia, Kapak menyarung kepala dengan kopiah. Sambil berjalan terkumat-kamit mulut berzikir. Kapak oh! Kapak... semoga sekarang kau dah insaf dan bertaubat.. huhuhuhu.
p/s Cerita ini adalah kisah benar dan telah diubah dalam bentuk fiksyen. Segala nama yang digunakan adalah nama samaran.
Maknanya memanmg dia lepas lah yer...hahahahhaha
ReplyDeletejebat!!!!! kah kah kahhh.
ReplyDeletebaru ada kesempatan datang sini. memang bizi dengan kerjaya pon... hahaha....
Kelakar...
ReplyDelete