MESIN TART

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...

HARI ini Sk nak cerita pasal mesin tart. Hari lain nanti Sk cerita pasal makan lagi ya (kalau ghajin). Sk banyak sangat dapat pertanyaan tentang mesin ni. Bagaimana cara nak guna? Berapa banyak boleh siap dalam satu saat?? (aiyakkkk!) Ada yang tanya kenapa lubang tu bulat tak ada biku-biku atau kelopak-kelopak berbunga macam acuan tart tu. Paling parah ada yang tanya, tu kalau tekan terus dia siap bakar sekali ke??? Haaaaaaa... janganlah bagi soalan macam tu sayang oi. Nak bakar kenalah masuk dalam oven. Aishhhh.. jangan pulak masukkan mesin dalam oven pulak ya, huhuhu.

Okey, macam ni. Tengoklah berapa lubang yang ada, lagi banyak lubang lagi cepatlah siap adunan tu. Tapi tak semestinya yang ada dua lubang sahaja tu tak laju. Laju jugak tu dan mesin dua lubang adalah mesin yang mendapat permintaan paling tinggi di kalangan pengguna. Bagi Sk pulak, walaupun Sk menggunakan mesin lima lubang tapi bagi Sk, mesin dua lubang ini lebih mudah dan ringan. Contohlah, Sk tekan-tekan adunan tukan... nanti dah hujung-hujung kan adunan tu dah tinggal sikit sehingga cuma perlu guna dua atau tiga lubang sahaja, nanti masa nak tekan tu lebih ringan sikit bahu ni dan tak perlu guna tenaga yang lebih. Haaa.. jangan ingat tak guna tenaga pulak ya guna mesin ni. Guna tenaga jugak tapi lebih cepatlah siap berbanding tekan doh secara manual menggunakan jari.

google image

Okey, bagi yang masih kurang faham tu, Sk nak tunjuk, sebelum guna mesin tart anda wajib ada acuan seperti di atas ini. Acuan ni ada pelbagai saiz ya. Ada yang kecil sekali, ada jugak yang besar. Yang besar gedabakkkkkk (tiada dalam gambar) tu acuan untuk pie ya. Acuan tart ni molek-molek ajer comelnya, heheheh. Paling penting anda mesti kenal berapa saiz acuan tart anda. Cara nak ukur acuan tart adalah dengan mengukur diameter bahagian atas acuan dari hujung kelopak ke hujung kelopak.

Biasanya kebanyakan size tart mould yang diguna pakai dan paling popular digunakan adalah size 4 dan 5 cm. Bila Sk sebut saiz 4 tu maknanya antara 4 hingga 4.5 cm dan bila Sk sebut size 5 tu maknanya antara 5 hingga 5.5 cm. Macam gambar ukuran mould dalam gambar di bawah tu  4.2 cm tapi kita akan ambil kira ukurannya sebagai 4.5 cm. Jadi, sebelum menempah mesin jangan lupa pastikan saiz acuan anda ya.


Untuk menggunakan mesin ini, anda perlulah membalut dahulu tombol penekan mesin dengan plastik yang nipis. Adunan anda pula hendaklah doh yang elok, tidak terlebih atau terkurang tepung. Jika terkurang tepung, adunan akan melekat pada tombol dan jika terlebih tepung alamat payah pulak nak menekan mesin kerana doh agak keras. Ingat ya, yang sedang-sedang ajaaaa... Jom tengok cara menggunakan mesin tart.






Untuk tempahan anda boleh menghubungi Sk di talian 0127799705. Boleh telefon bercakap sendiri dengan Sk atau kalau malu nak cakap boleh hantar sms. Atau kalau nak jimatkan baki kredit anda bolehlah whatsapp. Kalau nak hantar email pun boleh : serikanditanahjauhar@gmail.com lebih mudah sebab Sk akan bagi terus sebut harga, terma dan syaratnya.

Wassalam.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!