MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, April 25, 2014

CARAMEL PUDDING

ASSALAMUALAIKUM...

DAH lama Sk tercari-cari resepi caramel pudding yang tidak terlalu manis, yang halus, yang tulus dan yang mulus.. hehehe. Iman adalah peminat caramel pudding begitu juga kakak Sk. Jadi Sk selalu jugaklah buat. Caramel Pudding ni walaupun nampak macam senang nak buat tapi ia ni sangat manja. Masa buat tu kita kena belai dia sepenuh jiwa raga. Fikiran pun kena tenang saja baru ia menjadi dengan sempurna. Gitewwww.

Alhamdulillah, untungnya sekarang di laman sosial ramai yang tidak lokek berkongsi resepi. Sk kurang pasti siapa pemilik resepi sebenar tapi telah banyak dikongsikan di antara rakan fesbuk. Semoga dengan tersebarnya  resepi ini akan lebih melimpah ruahlah rezeki beliau yang baik hati. Hanya Allah swt sahaja yang akan membalasnya.

Bagi sesiapa yang hendak mencuba, silakan.

Caramel Pudding

Bahan Caramel :
250 gm gula pasir
- dipanaskan dalam kuali dengan api perlahan sehingga perang dan larut
tambahkan 1/2 cawan air. Kacau sehingga ia larut. Tutup api dan sejukkan.

Bahan Pudding :
5 biji telur gred B - dipukul perlahan hingga sebati
Satukan :
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
1 tin air
kemudian masukkan ke dalam telur.
Tambahkan 1 sk esen vanilla
Kacau perlahan hingga sebati, tapiskan.

Panaskan kukusan.
Masukkan caramel anggaran 20 gm dalam bekas kecil.
Tuangkan adunan puding tadi.
Kukus 20 minit dengan api yang perlahan.

Selamat mencuba!
Wassalam.

7 comments:

  1. Kakak suka ni SK.
    Ada org suka yg sejuk tapi kakak suka yg hangat-hangat bila gula perangnya dah agak sejuk terus makan:)

    ReplyDelete
  2. saya pun suka yg gebu dan mulus.boleh cair dlm mulut.

    ReplyDelete
  3. hehehe mmg sedap ni kak, lama x bikin !

    ReplyDelete
  4. Kak, saya pernah buat sekali masa saya muda2 dulu. Adam kecikkk lagi. Tapi kan, puding dia tu jadi bersarang pula dalamnya. Terus saya patah hati lagi. Oh, ada kawan saya suka tambahkan perahan jus oren, atau blendkan kulit oren dalam tu agar baunya harum. Tapi style dia, lebur jer semua dalam blender..hehehehehe/

    ReplyDelete
  5. saya tak penah buat lagi, tapi kalau nampak orang jual memang saya la dulu yang beli. :D

    ReplyDelete
  6. Just for sharing. Resepi ni dr Azie Kitchen. Memang sedappp

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....