BARU-BARU ini Sk ada singgah di dapur sahabat yang jauh di Bahrain sana. Eh, sebenarnya ini adalah antara dapur yang wajib singgah tau sebab banyak sungguh ilham yang dikongsikan di dapur ini. Pemiliknya cantik manis ayu jelita, mula Sk ingatkan pangkat kakaklah dengan Sk rupanya kami sebaya, hehehe. Biasalah Sk memang sentiasa perasan bajet muda dari orang. Semua orang nak panggil kakak.. ish.. tu tandanya hormat, betul tak?? Kikiki.
Jadi, Sk tinggalkanlah komen tentang 'Sole Fish' yang digoreng Indian Style oleh Maz Ilham Dapur tu. Sk tanya dengan Maz, ingat tak bagaimana sejarah tentang 'Sole Fish' atau biasa di kalangan keluarga Sk disebut dengan nama Ikan Sebelah ? Dan Maz telah meminta Sk untuk berkongsi sejarah ikan tu. Mulanya Sk bercadang nak kongsikan terus cerita Ikan Sebelah tu esoknya tapi disebabkan sepanjang dua tiga minggu yang lepas Sk agak sibuk kerana ada lawatan verifikasi jadi terbantutlah nak cerita. Idea tak mari gitu. Kalau cerita lain yang ringan-ringan okey tapi ini kisah sejarah dan kena cari faktanya, betul tak? Dan disebabkan fenomena kisah ikan di blog dan fb Sk yang berlaku semalam tu, Sk terpanggil untuk berkongsi kisahnya hari ini...minggu ni pulak macam tak berapa sibuk sebab sebahagian pelajar Sk sedang menghadapi peperiksaan dan sebahagian lagi dah habis selesai.
Dalam keluarga SK, ikan sebelah ni merupakan antara ikan yang paling kerap dibeli oleh ibu. Rasanya yang sedap apatah lagi jika digulai asam pedas memang buat kami makan bertambah-tambah.
Duluuuuuuuuuu... masa Sk kecik-kecik, Sk suka duduk mencangkung mengadap ibu menyiang ikan. Ialah, kita dulu-dulu bukan macam sekarang, ada sinki. Nak cuci pinggan, cuci kain, siang ikan semua buat dalam bilik airkan. Mencangkunglah mengadap dan kepelikan melihat si ikan yang sebelah hitam sebelah putih. Ibu Sk ni pulak jenis yang rajin bercerita. Dengarlah ibu cerita. Masa ibu cerita jangan banyak tanya
Ibu cerita, ikan ni nabi dah makan separuh/ sebelah lepas tu nabi campak semula dalam air dan dengan izin Allah SWT ikan tu pun hidup semula dan berenang-renang dalam air tu dan membiaklah keturunannya sehingga ke hari ini. Kita budak kecikkan, kagum sungguh dengan kisah ikan tu. Rupanya bahagian ikan yang berwarna putih tu adalah bahagian ikan yang telah dimakan nabi dan dengan mukjizat nabi, ikan itu dapat hidup semula. Nabi tersebut adalah Nabi Sulaiman AS yang terkenal dengan kisahnya yang boleh berkomunikasi dengan haiwan. Sebab itulah selain dari dikenali dengan nama ikan sebelah, ia juga dipanggil ikan sisa nabi dan ada juga yang memanggilnya ikan Nabi Sulaiman. Oh, ya.. ikan ini memang tinggal sebelah badan sahaja bagaimanapun bahagian putih tu masih mempunyai isi yang nipis dan tidak bermata. Ikan ini berenang dalam keadaan menelentang iaitu bahagian yang bermata di sebelah atas.
Ada ke yang tak pernah makan ikan ni? Kalau belum cubalah, ikan ni sedap masak apapun tau. Goreng pun sodapppppppppppp!!!
semua imej adalah hasil carian google
salam seri, samalah macam akak masa kecik2 dulu suka menyangkung depan mak kalau mak siang ikan. Kalau ikan tu besar akak akan kutip sisik ikan dan susun atas bangku ambin.. hihi. Mak akak juga suka bercerita.. kisah ikan sisa nabi atau ikan sebelah ini juga di ceritakan oleh mak akak ketika dia menyiang ikan ini dahulu. Sama ceritanya macam yang SK ceritakan.. seronok kalau ingat kenangan dulu.. dulu.. ya tak.. hihi
ReplyDeleteKak, sebenarnya kan...saya tak pernah makan ikan nie...hehehehehe. Sendiri beli dan masak, belum lagi. Sedap buat asam pedas yer. Rogerrr....
ReplyDeleteAssalamualaikum...alahai temann siap mention nama kita lagii...segannyee...blog kita tu suam2 kuku je...tu pun bru nk idup balik...tpi amat hargai jasa SK buat n3 psal ikan sebelah ni...kisah benar ke psal ikan ni or dongeng...sori la tnya mcm tu...yg pic atas tu jnis pnjang mcm ikan haruan tu kat sni nmanya flat fish...gerun jgk pastime tgk wajah ikan tu...tpi bli jgk sbb terliur kat telur...klu SK nk tgk ni linknya...http://ilhamdapur.blogspot.com/2014/02/flat-fish-curry-indian-style_21.html...trima ksih lgi skli ye...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteKalau saya balun je tak kisah la ikan apa pun. Janji ada kuah dengan nasik. Jalan. Haha
Salam SK... saya pun suka ikan ini. kalau goreng garing2 pun sedap... makan punyer makan, sedar-sedar tinggal tulang tengah yg keras tu jer.....
ReplyDeleteSalam....masa saya kecik2 arwah bapak selalu beli ikan ni. Tapi kami panggil ikan LIDAH...sebab bentuknya yang macam lidah. Cuma tengok betol2..kan macam lidah kita. Selalu ikan ni mak goreng je...sedap
ReplyDeleteIkan pun boleh buat untuk bakso kak ? tahu bakso kan, ini resep asli dari negara jiran awak kak ^_^ cube masak ye. Cara Membuat Bakso Ikan Lezat
ReplyDeleteSalam kenal juge kak, ^_^