Di mana asal tidaklah pasti,
Hajat sahabat telah kupenuhi,
Semoga tiada yang berkecil hati.
Dari Setiu ke Pasar Payang,
hajat mencari acuan tembaga,
Intinya itu kutukar kentang,
kerana malas memarut kelapa.
Kurang dua bulan lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Setiap kali tibanya bulan ini bererti selain dari peluang kita meningkatkan pahala berganda ada juga yang mencari peluang untuk mencari duit raya. Dah jadi budaya, ramadhan dinanti, syawal dirai, tak gitu? Jadi, di kesempatan ini Sk ingin menunaikan hajat seorang hamba Allah yang meminta agar Sk dapat berkongsi dengan semua pembaca resepi Apam Solo yang telah dipelajarinya. Oh, ya. Inti asal bagi Apam Solo ini adalah inti kelapa manis dan boleh juga digantikan dengan inti kacang merah tapi Sk punya menderhaka Sk tukarkan dengan kari kentang.. Hihihi. Sedappppp, macam makan pau kari gituuu.
Apam Solo
Bahan Inti :
130 gram gula merah
30 gram gula pasir
125 ml air
2 helai daun pandan
300 gram kelapa parut putih
1 sb tepung gandum
1/4 sk garam
Caranya :
1. Masakkan gula merah, gula pasir, air dan dayn.pandan sehingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan garam, kacau sebati.
3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan.
Bahan Apam :
*500 gram tepung gandum
*2 st instant yis
*180 gram gula pasir
*250 ml susu cair
*600 ml air
*1/8 st garam
pewarna kuning dan coklat emulco secukupnya
Caranya :
1. Campurkan semua bahan bertanda * dan gaul rata hingga sebati. Bahagikan kepada tiga bahagian.
2. Biar satu bahagian asal, bahagian kedua campurkan dengan pewarna kuning dan satu lagi coklat emulco.
3. Perap adunan selama 40 minit.
Cara menyediakan apam solo.
1. Panaskan air dalam periuk kukusan. Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata.
2. Masukkan sedikit adunan apam putih.
3. Isikan inti kelapa.
4. Tutup dengan adunan apam putih.
5. Masukkan adunan apam berwarna kuning dan coklat emulco dan lorekkan.
6. Kukus apam dengan api sederhana selama 15 - 20 minit atau sehingga apam masak.
7. Keluarkan apam acuan bila sejuk sedikit.
** Sukatan ini bileh mendapat lebih 40 biji apam dan amat sesuai untuk berniaga.
Apam Solo Sk berinti kari kentang dan Sk gantikan chocolate emulco dengan pewarna hijau. |
Wassalam.
wah!!!serius xpernah jumpa apam berinti camni….betul kata SK dah mcm pau inti gayanya. tq for sharing
ReplyDeleteSedap!! Dah makan semalam!!!
ReplyDeleteKuih ni tahan berapa hari yer
ReplyDelete