JOM PHOTOSHOOT RAYA MURAH DI THE EMPIRE STUDIO

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

SOALAN yang paling popular sekarang ni setiap kali berjumpa kawan-kawan, tak kiralah kawan sekampung atau kawan sepejabat, mesti soalannya, raya kat mana? Minggu lepas, Sk pergi Persada Johor dan terjumpa dengan jejaka idaman Malaya, Remy Ishak.. (aiseh, ni tak cerita lagi kan), sempatlah borak-borak dengan beliau, pon dia tanya, raya kat mana? Nampak tak, pentingnya soalan raya kat mana tu.. hihihi.

Haaa.. ni Sk nak tanyalah ni? Anda raya kat mana?
Sk sekeluarga tahun ini seperti tahun-tahun yang sudah akan beraya dari selatan sampai utara, lepas tu balik semula ke selatan. Memang macam nilah setiap tahun. Ambil giliran JB dulu atau Kuala Ketil dulu. Tak pernah tak balik Kuala Ketil bila raya. Walaupun kadang-kadang kata tak balik, tapi balik jugak, hehehehe.

Image may contain: 2 people, people sitting

Yang mana-mana raya di JB tukan, ni Sk nak beritahu. Terlanjur anda dah cantik molek meriah di hari raya tu, apa kata anda singgah sebentar di The Empire Studio, yang terletak di Bandar Baru Uda,  tangkap gambar raya baekkkkk punya! Yelah, dah ambil gambar dengan handphone tu tak apalah. Dah berselfie, berwefie tu, takpa. Ni ambil gambar kat studio tau, kita bergaya, orang ambil gambar. Orang yang ambil gambar tu pulak bukan calang-calang tapi photographer profesional. Gambar anda mesti meletop-letop punya!!

Image may contain: 4 people, including Faizah Mohd Supait, people smiling, bicycle
Pakej istimewa dengan bayaran minimum cuma RM130 ini boleh anda dapati sepanjang Aidilfitri. Setiap sesi penggambaran mengambil masa 20 minit.
Alah.. cakap dengan Mak Ngah tu.. lambat sikit sampai rumah dia, nak ambil gambar dulu.
Kalau gambar cantik, bolehlah cetak dan frame. Tampal kat dinding beso-beso! hahaha.

Image may contain: 4 people, people smiling
Haaa.. dah alang-alang sedondon tu kan, apalagi kakak, abang, adik.
Nak ajak atuk dan nenek sekali lagi bagus.
Nak ajak berapa ramai pun boleh selagi muat frame.
hehehehe.

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting

Haaaa... Macam ni barulah namanya gambar raya.
Abadikan kenangan yang cuma setahun sekali di The Empire Studio.
Sk dah jumpa banyak pakej photoshoot tau dan rasanya inilah yang termurah SK pernah jumpa.

No automatic alt text available.

Tempah dulu slot anda melalui whatsapp ke 013 700 8889.
Cepattttt.. whatsapp sekarang.


The Empire Studio
Alamat : No 58-02, Jalan Padi Emas 4/1,
Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.




Image may contain: 7 people, including Nor Afdilah Lias, Hernee Nazir and Farahain Zfa, people smiling

Jom Photoshoot Raya Murah di The Empire Studio!!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jomm kita..saya sudah booking..
    Anda bila lagi hehehe

    ReplyDelete
  2. gambar kita yang kat atas tu serious cun! tak puas rasa nak posing hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya berphotoshoot :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. seronoknya.. tak pernah ada pengalaman amek gambar kat studio ehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!