PAKCIK AM AKA REMY ISHAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...

HAAAA..  Betullah tu Mar,  buat Rendang Nasib tu gara-gara Pakcik Am la..  Hahahhaha.

Ni cerita beberapa hari sebelum raya,  nak cari shawl untuk dipadankan dengan baju kurung moden Sk dua beranak lalu Sk singgah ke Persada Johor,  khabarnya ada  Amira Rosli dan Amar Baharin kerana ada event Hijab & Heels anjuran Media Prima.
Sk memang dah lama suka dengan Amira Rosli ni tapi sebab drama Nur,  tu yang beriya nak cari shawl kat Persada rupanya lain dicari lain yang dapat,  hehehhe.

Rupanya bukan Amira dan Amar Baharin jer yang ada,  malah ramai lagi yang ada menjual produk masing-masing. Sk sempat bergambar dengan Wildad yang drama Fatamorgana Cinta tu tapi yang lain-lain tu macam segan pulak sebab tak berapa nak ingat nama diorang,  kahhh. 
Tapi,  bila nampak jer Remy Ishak terus mengenyam..  Keh keh keh. Oh ya,  bagi sesiapa yang follow Remy Ishak tentu tahu bahawa beliau kini seorang bussinessman (betul ke eja ni?) Kebetulan minyak wangi pun dah wassalam jadi kita pun sambarlah satu minyak wangi Remy for her. 
Wangiiiii giler lagi2 yang Remy tolong sembur tu,  rasa tak nak basuh,  hahahha. 
Sk dah lama follow Remy Ishak,  boleh dikatakan sedikit sejarahnya masa baru berlakon Sk tahu la..  Kui kui. 
Dan boleh dikatakam semua drama Remy Sk layan. Baru-baru ni Sk layan novel Pulang sebuah novel adaptasi filem Pulang lakonan Remy.  Jadi teruslah terbayang watak Othman tu bila jumpa Remy,  hihi.  Yang terkini drama beliau,  Hari Terakhir Seorang Pengurus..  Kelako..  Hahahaha. 

Oklah..  Nanti Sk tunjuk gambar dengan Wildad pulak ya. 

Wassalam. 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. haishh...kecik hati tau mak inche bergambar dengan abang kita ni...perfume yang dia sembur tu ada bau lagi tak...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Wow...pakcik am..yang sebeah tu lah makcik hanan dia

    ReplyDelete
  3. amboii kak seri, remy sembur bertambah2 wangi ye sampai xnak basuh ye.. haha

    ReplyDelete
  4. amboi3.. peminat pakcik am rupanya. hehe

    ReplyDelete
  5. follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  6. Ooo ada minyak wangi ek..tapi belum ada jumpa lagi kat mana jual ..

    ReplyDelete
  7. Dapat bergambar dengan pak cik am la dia. Jeles aii

    ReplyDelete
  8. Oh! tak tahu pula Remu Ishak buat bisnes minyak wangi.
    Untungler dapat begambar dengan Remy Ishak yang macho aka #talldarkhandsome

    ReplyDelete
  9. remy ishak tak nak sembur minyak wangi dekat ain pulak ke?tiberrr.hahhahaa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!