Assalamualaikum...
Tawaran hebat untuk produk kecantikan tempatan dan antarabangsa.
JOHOR BAHRU, JOHOR 18 MEI 2018 – Hermo, sebuah online platform yang khusus
menawarkan produk kecantikan tempatan dan antarabangsa akan menyambut
ulangtahun ke-6 pada 21 Mei hingga 24 Jun 2018. Memperkenalkan kempen ‘Hermo
612 2018’ nombor ini dipetik dari gabungan tarikh bermulanya syarikat ini beroperasi 5
tahun dulu iaitu pada 12 Jun 2012 dan kali ini memilih slogan ‘Hey, we are local!’ yang
bertujuan untuk memberitahu penggemar produk kecantikan bahawa Hermo
merupakan syarikat tempatan yang memberikan servis setanding online platform
antarabangsa yang lain.
Sepanjang sambutan ulang tahun ini, pengguna Hermo akan menikmati promosi Gifts
with Purchase (GWP) dengan perbelanjaan minimum RM88 di mana Hermo telah
berkolaborasi dengan Dinomama Handmade Soap, sebuah lagi syarikat kelahiran
Johor yang terkenal dengan menghasilkan rekaan sabun mandi yang unik. Khas untuk
sambutan ulang tahun ke-6 ini, pengguna Hermo mestilah mengambil peluang untuk
mengumpul lima (5) rekaan yang dicipta bertemakan makanan tempatan!
Setiap rekaan
akan dikeluarkan selama seminggu sahaja mulai tarikh 21 Mei 2018 antaranya rekaan
nasi lemak dan laksa jadi pastikan anda mengikuti laman web Hermo untuk mengetahui
rekaan unik lain yang akan dilancarkan setiap minggu.
Hermo juga berkolaborasi dengan Click Apparel, sebuah online platform fesyen
tempatan yang kini sedang membina nama terutamanya kepada mereka yang inginkan
reka bentuk unik dimana setiap pembeli Click Apparel diberikan pilihan untuk mereka
pakaian dan aksesori yang dijual.
Dengan pembelian RM200, pengguna Hermo akan
mendapat secara PERCUMA Hermo x Click Apparel Lazy Gal Makeup Bag.
“Kami sangat teruja untuk memberikan pelbagai jenis promosi sempena sambutan
ulang tahun kali ini kerana ingin berterima kasih kepada pengguna setia Hermo yang
merupakan tunjang kekuatan kejayaan kami di dalam bidang ini. Bayangkan, tahun
2012 kami bermula dengan (50) sahaja tetapi kini kami adalah rakan kongsi sah dan
pengedar untuk (10,000) produk kecantikan tempatan dan antarabangsa yang 100%
original.
Memperkenalkan slogan ‘Hey, we are local!’ jelas menunjukkan bahawa kami
ingin terus menembusi dan mengukuhkan kedudukan selaku peruncit produk
kecantikan yang mampu memberikan servis premium untuk warga Malaysia dan
seterusnya melebarkan sayap empayar kami ke Asia,” jelas En. Ian Chua selaku Ketua
Pegawai Eksekuitf, Hermo.
Selain daripada promosi GWP, pengguna Hermo akan menikmati tawaran seperti zon
‘RM6, RM1, RM2’ di mana produk premium akan dijual dengan sedemikian harga.
Promosi flash deal iaitu ‘Flash Deal’ yang memberi peluang eksklusif untuk pengguna
Hermo membeli pelbagai produk premium dengan harga mampu milik yang akan
dijalankan setiap hari Isnin, Rabu Jumaat dan Sabtu (sepanjang durasi kempen) dari
jam 6 petang hingga 11.59 malam. Promosi lain adalah seperti ‘Buy 1 free 6’ (28 Mei –
30 Mei), ‘Bundle Buy 4 for RM48’ (4 Jun – 10 Jun) dan ‘Everything under RM26’ (11 Jun
– 17 Jun).
Jangan lupa ikuti promosi X-OMO di mana produk antarabangsa seperti Heimish,
Yadah, Naruko, Pyunkang Yul, Klairs, Mirae akan dijual serendah 70% diskaun.
Paling penting, rebat cukai GST sebanyak 6% akan dilupuskan bermula 21hb Mei 2018.
Untuk keterangan lanjut mengenai rebat cukai ini dan promosi terkini Hermo, ikuti
laman www.hermo.my dan di melalui sosial media di bawah:
FB: Hermo Malaysia
Insta: @hermomy
Twitter: HermoMalaysia
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Harish Mustak
IM Media PLT,
agensi perhubungan awam lantikan Hermo
Telefon : +6017 711 4250
Emel : harish@immediahub.com
assalamualaikum seri...alhamdullilah mekacih yer...
ReplyDeleteKlik Klik..seremmmm semua sale hehehe
ReplyDelete