Assalamualaikum...

RAMADHAN lalu, Sk telah berpeluang menghadiri satu program amal (CSR) Pusat Beli-Belah yang kini menjadi tumpuan warga Johor dan Singapura, Paradigm Mall, Skudai.

Oleh kerana ini merupakan kali pertama Paradigm Mall menyambut hari raya bersama pengunjung maka mereka menganggap ini adalah masa terbaik untuk mengadakan program ini.

Seramai 40 orang anak mutiara dari Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 telah dijemput dan diraikan dengan persembahan menarik, pemberian duit raya dan keperluan raya serta sesi berbuka puasa.


Ini adalah sebahagian dari inisiatif khas Paradigm Mall untuk bulan Ramadhan dan Syawal kerana perhatian harus diberi kepada golongan yang kurang bernasib baik terutama pada musim perayaan begini.

Sempena Syawal tahun ini juga, Paradigm Mall tidak melepaskan peluang meraikan Aidilfitri bersama pengunjungnya dengan tema kilauan emas yang mengambil inspirasi dari istana-istana Timur Tengah dan akan berterusan sehingga 1 Julai 2018. Sepanjang tempoh ini, pengunjung dapat menikmati suasana indah apabila seluruh pusat beli-belah ini bermandikan emas persis istana bangsawan yang mempesonakan.
Pelbagai aktiviti menyeronokkan juga diadakan seperti permainan tradisional, baju raya lip lap dan menghias sireh junjung. Juga bengkel membuat kad raya pop up, menghias kuih raya, balang kuih dan batik. Terdapat juga persembahan tradisional seperti wayang kulit, ghazal, tarian melayu Inang, zapin juga persembahan angklung dan gamelan serta Cak Lempong.
alhamdulillah..program berjalan lancar.
ReplyDeleteJanjiKita