Assalamualaikum...
DIAM tak diam, tiga hari lagi kita akan menyambut ketibaan Syawal.
Sk tengok, semakin dekat dengan raya, semakin meriah suasana terutama di shopping kompleks.
Kalau di JB ni, tempat paling happening untuk shopping raya ialah di Angsana Mall.
Tak payah masuk dalamlah, tengok luar aje dah tau berapa ribu orang dalam tu.
Fuhhhh.. penuh kereta di carpark sehingga ke tepi jalan.
Bersambung lagi sampai ke Pusat Bisnes BBU (Jakel)
Punyalah ramai orang, tentunya kerana membeli persiapan raya.
Bagaimana pula dengan pembaca blog Alam Sari?
Dah selesai ke semuanya? Baju baru, kasut baru, sedondon ke tak? Hehehehe.
Seingat Sk, budaya raya sedondon ni memang telah wujud di JB ni sejak Sk kecil lagi.
18 tahun lalu, semasa kali pertama Sk berhari raya di Kedah, Sk perasan agak kurang keluarga yang mempraktikkan raya sedondon ni. Malah ada yang sindir Sk sekeluarga nak berboria katanya. sabo ajelah. Namun itu semua tak mematahkan semangat Sk untuk meneruskan konsep raya sedondon ni.
Sedondon tu tak semestinya satu kayu. Kita boleh sesuaikan warna antara satu sama lain.
Tapi, itu bukanlah wajib. Janganlah sampai bermasam muka pulak sebab tak dapat pakai baju sedondon.
Tahun ini, dah macam tak berapa nak sedondon.
Rasanya dua tiga tahun lepas pun sama.
Sk cuma sesuaikan sahaja warna supaya tak terlalu berbeza antara satu sama lain.
Sk ni ada satu pe'el malas nak shopping tau sebenarnya.
Biasanya tiap-tiap tahun semua persiapan last minute.
Macam tahun ni, cuma Iman aje yang berbaju baru. Sk dan Encik Rizar sama-sama pakai baju recycle, hehehehe.
Ni kira sedondon ke tak?
Kurung Moden Songket Bunga Tabur ni Sk baru pakai sekali, buat sebab nak pergi Majlis Makan Malam Syarikat tempat Sk bekerja. Begitu juga dengan Baju Kurung Teluk Belanga yang ER pakai tu, baru sekali dua jugak dipakainya. Takyahlah membazir kan, lagipun kalau beli baru pun mesti pakainya sekali jugak. Macam ER ni kalau ke solat Jumaat dia lebih suka pakai t-shirt dan track suit.
Dah berapa tahun Iman berlainan warna dengan kami.
Masalah orang plus size macam tulahkan.
Susah nak dapat warna yang dia nak dengan saiz badan dia, kih kih kih.
Dah tau macam tu, tetap jugak tak nak sedia awal-awal.
Okeylah.. tahun depan Sk buat persediaan dari bulan satu lah ya.. hihihi.
Eh.. eh.. Cantik kan gambar-gambar ni?
ya, gambar yang cantik. Orang dalam gambar tu biasa aje, tapi bila orang yang ambil gambar tu pandai ambil gambar cantik, serta merta orang-orang dalam gambar jadi cantik.. kahhhhhh!
haaa... tu nanti SK cerita ya.
Nak buat kerja sikit..
Ha aa sedondon.
ReplyDeleteTema kaler biru taun ni.
Kita tap-tiap tahun kak sedondon, pun ada gak kata kuno pesen lama. Biorkan..
ReplyDeleteTahun ni plak kita tak sedondon, tapi tetap sedondon gan Suami, cuma anak je nak tema sendiri..hehehe
Gambar cantik semestinya dr The Empire Studio ...
cun gila gambo The Empire Studio.. iman pun pandai posing..
ReplyDeletecantik.. suka baju songket macam mana pun tetap lawa =)
ReplyDelete