MENU LITTLE INDIA DI MAKAN KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Sk rasa seronok dan bangga menjadi rakyat Malaysia bukan sahaja kerana keharmoniannya malah kerana makanannya yang pelbagai. Cakap sajalah nak makan apa, masakan melayu, cina, india, baba malah masakan barat boleh didapati dengan mudah di  negara kita. Memang syok gila laaa, makan-makan sahaja kerjanya, hehehehe.

Kali ini, SK ingin mengajak anda ke Café Makan Kitchen di Double Tree By Hilton, Johor Bahru untuk menikmati masakan bercitarasa India Utara yang disediakan sendiri oleh Chef Rejandran yang merupakan chef yang terkenal dan tidak asing lagi di kalangan pengunjung hotel ini. Selepas asyik makan ketupat, lemang, rendang dan sambal kacang, disajikan dengan masakan India merupakan satu pengalaman yang pastinya tidak akan dilepaskan.

Image may contain: 1 person

Tandoori Chicken
Lamb Kofta Curry
Salmon Tandoori
Panner Kadai
Chicken Hariyali
Lamb Biryani
Squid Pakora
Chicken Makhani
dan Dhall Tadka

Image may contain: people sitting and food

Terlalu banyak pilihan untuk dipilih
Kalau jadi macam ni, kenalah cuba satu-satu
barulah tak menyesal apabila pulang nanti.

Image may contain: 2 people, people smiling, food and indoor


 Aiseh..kacaknya chef kan.
Bukan sahaja kacak, malah Sk akui airtangan Chef Rejandran bukan calang-calang.
Patutlah ramai yang suka datang ke Makan Kitchen semata-mata untuk menikmati masakan Chef Rejandran. Setiap rempah yang diadun sebati menghasilkan kelazatan yang sukar ditemui di mana-mana restoran makanan India yang pernah Sk singgah.

Image may contain: food and indoor

Setiap hidangan lauk tadi anda boleh nikmati bersama Biryani atau Naan Bread.
Sk, tentunya makan semua sekali. Ish, takkan nak tengok saja, kan.

Image may contain: food

Tengok-tengok gambar balik terus telan-telan ailio.
Sabar Sk, minggu depan jer 1 Julai.

Image may contain: food and indoor

Anda boleh pilih untuk menikmati Naan Bread bersama Tandoori Chicken atau Tandoori Salmon.
Dua-dua pun sedap tau.

Image may contain: food

Satu kelainan apabila menikmati Biryani dan Naan Bread bersama Squid Pakora.
Peminat Sotong Goreng Tepung pasti menyukai rasanya yang lebih berempah dari biasa.

Image may contain: food

Selepas menikmati semua hidangan, jangan lupa untuk menikmati dessert ini.
Rice Kheer, sedap betul Sk menyudu sambal ditemani secangkir kopi panas.

Image may contain: people sitting, drink and indoor


Menu Buffet Little India boleh didapati mulai 1 Julai sehingga 31 Julai 2018 dengan harga RM102 bersih (dewasa) dari 6.30 pm hingga 10.30 pm.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, anda bolehlah menghubungi talian
+607 2686868 atau menghantar email ke JohorBahru.Info@hilton.com

BACA JUGA BEST OF JOHOR


Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tandoori chicken dengan tandori salmon nampak menyelerakan ..

    ReplyDelete
  2. perghhh tergoda tengok makanan-makanan ni

    ReplyDelete
  3. Semua menu sedap-sedap. Sampaikan dah balik rumah pun cium tangan bau rempah hehehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya sesekali ubah selera masakkan dari yang lain kan...sedap oooo

    ReplyDelete
  5. Aduh sedapnya kak. Gambar semua menggoda.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!