RENDANG DAGING SEDAP DI MALAM RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum...

DUA hari sebelum raya,  Sk dah bercuti.
Setiap tahun memang begitulah Sk,  suka ambil cuti awal. Padahal bukan buat apapun di rumah,  melepak saje lebih,  keh keh keh.

Lepas tu berangan nak jalan-jalan dengan Iman, tup tup belum pukul 10 Encik Rizar dah telefon beritahu dia beli daging dan tulang.  Tulang untuk buat sup berbuka puasa,  daging untuk masak rendang.  Maka sehari sebelum raya merendanglah kita buat santapan raja dalam rumah,  kui kui.

Tahun ini buat pertama kalinya masak rendang tak tengok resepi. Maklumlah setahun sekali memasak,  mesti nak kena study dulu kan.  Tahun ni tak payah,  Sk dah terror masak rendang oi... Hahhaha.


Rendang Daging Sedap

2 kg daging lembu (bersihkan potong kecil)
 Bahan kisar :
2 genggam cili kering direbus lembut
4 - 6 biji bawang besar merah
6 batang serai hiris
1 1/2" halia
1 1/2" lengkuas
Bahan lain :
Santan dari 3 biji kelapa
1/2 buku gula melaka
Garam secukup rasa
2 asam keping/ gelugor
Daun kunyit dimayang halus

Cara-cara :
Masukkan daging yang telah dipotong ke dalam kuali besar. 
Masukkan bahan kisar. 
Masukkan santan, buka api sederhana. 
Masak dan kacau selalu rendang sehingga separuh kering. 
Kemudian baru masukkan gula melaka dan garam dan asam keping. 
Terus memasak dan hendaklah dikacau selalu. 
Bila dah 3/4 kering,  masukkan daun kunyit yang dimayang halus. 
Kecilkan api. Masak sehingga rendang kering. 

Masa berbuka,  Sk bawa rendang ke rumah ibu dan Angah. Memang tak ada lauk lain,  ibu masak Rendang Nasib tapi belum kering masih berkuah lagi.  ER beli ketupat palas dan lemang dan sungguhlah enak dimakan bersama rendang Sk.  Licin terus koooo!! 


Ini Rendang Nasib ibu.  Nasiblah kan dapat apa,  hati,  paru, limpa atau daging.  Bagi orang yang tak makan organ dalaman,  anda dilarang keras mencedok rendang ini,  hahahaha. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat hari raya SK!

    Uh sedapnya Rendang Daging SK. Tapi PH malas buat rendang daging, lambat nak empuk hehe...Rendang Nasib tu PH suka organ2 tu semua hehe.

    ReplyDelete
  2. wowww , kak seri ni pakat dengan kak ida ke ni update rendang.hahahaaa..

    ReplyDelete
  3. Sebut rendang nasib terus teringat pak cik am.

    ReplyDelete
  4. Shedapnyaaa...nanti dah baik batuk ni, nak buatlah rendang dan menu raya hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!