Assalamualaikum…
AJAKAN untuk makan di Restoran Terapung Bujang Firefly ni dah lama sebenarnya, sejak sebelum puasa lagi tapi ada sahaja halangannya. Apa lagi halangannya kalau bukan Sk yang tidak setuju. Maklumlah, bukan dekat-dekat Bujang ni. Walaupun boleh ikut highway Desaru tetapi tetap rasa jauh. Tapi, Jumaat lepas rasa macam terrrrrrajin pulak nak layan anak tekak Pak Inche kita tu, hahaha. Selepas mencari baju raya Sk di Angsana Mall, kami terus meredah jalan menuju ke Desaru.
Terkejut juga sebaik sahaja sampai, kebanyakan meja telah ditempah pelanggan dan ada yang sudah diletakkan lauk-pauk. Nasib baik masih ada beberapa meja lagi yang kosong. Jam pun baru menunjukkan 6.40 petang. Lama lagi waktu maghrib, kami pulak dah siap standby kuih talam dan serimuka serta minuman yang dibeli dari param di Kampung Pasir Putih untuk berbuka.
Sungguh efisyen sekali pengurusan F&B di sini, semua makanan berjaya terhidang di depan mata menjelang waktu berbuka kecuali tomyum yang muncul lambat. Kali ini kami mengambil hidangan set untuk empat orang.. hahahaha. Alhamdulillah, semua makanannya tidak mengecewakan perut dan tekak kami setelah seharian menahan lapar dan dahaga.
Siakap Tiga Rasa.
Susah nak jumpa sos tiga rasa yang asli, yang ni rasa macam Sos Masam Manis atau Sweet Sour.
Tapi, tetap sedap sebab sosnya dimasak dan diolah, bukannya sos dari botol sos.
Ketam Black Pepper.
Walaupun ketam bukan bersaiz XL tapi tetap puas hati. Yang paling banyak makan ketam tentulah Pak Inche, Sk makan sebelah je sebab Sk bukan hantu ketam. Yang sebenarnya SK ni trauma sikit nak makan ketam takut tersepit tercucuk bibir, hahahaha.
Kailan Goreng Sos Tiram.
Yang ni kami terus bahagi tiga orang untuk lapangkan meja, hehehehe.
Pertama kali makan Sotong Nestum. Tak terfikir nak tukar masakan sotong ni dengan cara lain sebab tak pernah rasa. Sk kurang suka dengan rasanya yang agak manis. Tapi masih tidak mengecewakan.
Lokan Bakar.
Menu ni tiada dalam set, Pak Inche teringin. Sedap lokannya cuma tak ada rasa macam bakar.
Rasa macam bakar tu macam mana? Kena ada rasa hangus-hangus sikitlaa.. hahaha.
Tomyum yang sampai lambat tapi bila kita hirup kuahnya hati terus terubat, hehehehe.
Datang penuh semangkuk ni, dah senduk-senduk baru teringat nak ambil gambar.
Nanti lepas raya kita kena lagi seround ya Pak Incheeee'
selamat berbuka puasa
ReplyDeletemeriah menunya.
Nampak sedap, belum pernah sekali pun makan di sini...
ReplyDeleteasal nak makan seafood aje, mesti ke todak huhuhu