Assalamualaikum…
RASANYA dah banyak kali raya juga tak semua adik beradik Pak Inche dapat berkumpul serentak di hari raya pertama. Ialah, masing-masing dah berkeluarga dan perlu beraya mengikut giliran. Macam Sk, kami memang balik beraya setiap tahun cuma bezanya raya pertama tu, di Kedah dulu atau di Johor dulu. Jadi, kalau nasib baik dapatlah jumpa seorang dua abang dan kakak yang timing nya sama.
Bagi yang mengikuti blog Sk tentu tahu bahawa seorang abang Pak Inche telah kembali ke rahmatullah pada Mac lalu, boleh baca kisahnya DI SINI. Seorang lagi abang ipar SK telah meninggalkan kami 9 tahun lepas, ceritanya DI SINI. Dan tinggallah enam beradik, macam tak percaya kali ini kesemuanya dapat berkumpul di hari raya pertama. Kalau Iman tak bagitahu, Sk memang tak perasan laa.. haha. Amboii, SK.. belum lagi ipar duai berbelas orang ko dah tak perasan ya. Tapi sayangnya, sebab masa cukup korum tu dah petang jadi lupa nak ambil gambar sama-sama.
Juadah berbuka puasa 29 Ramadhan. Penuh meja sampai kena buka meja lain. Ada yang dimasak oleh Kak Ipar dan ada juga yang dibeli di Param oleh Pak Inche dan Nae (abang nombor 2). Bila ada Nae mestilah ada Sambal Taukua. Ada juga Kari Sembilang dan Gulai Kawah Batang Pisang (beli).
Pulut Udang (Pulut Panggang) antara juadah yang wajib ada bila berbuka. Dua hari berturut-turut dapat makan pulut udang, satu kepuasan sungguh laaa… tapi tu semua beli tau, bukan buat, hahaha.
Masa mak sihat dulu, SK sempat juga merasa Popia Basah air tangan mak. Dari kulit sampai inti semuanya dibuat mak sendiri. Sampai sekarang masih ingat rasanya macam mana.
Segunung kelapa dalam misi mencari santan.
Pak Inche semangat giler beratur pagi-pagi.. macam tulah dia setiap kali balik raya.
Misi membakar lemang.. bukan kami bakar tapi pengusaha lemang, hahaha.
Tak raya di Kedah namanya kalau tak ada ketupat palas.
Semuanya disajikan bersama rendang daging dan rendang ayam.
Tapi ketupat palas tu pun beli, masing-masing dah tak larat memalas uiii.
Dua di sebelah kanan tu kakak Pak Inche, Kak Roz dan Kak.
Yang di sebelah Sk tu my beras eh.. biras, Kak Ila
Jumlah cucu perempuan tujuh orang, dua orang tiada dalam gambar.
Tema raya di Kedah, hijau. Phewwww.. tak pernah-pernah Pak Inche ada baju melayu dua pasang, hahaha. Terima kasih kepada badan korporat yang menaja kain baju melayu tersebut, Alhamdulillah, setelah lama menyimpan tahun ini akhirnya menjadi pakaian.
Ramai yang tanya baju Sk ni tempah ke beli siap? Jawapannya beli siap, mur mur aje wak untuk dipakai di pagi raya sebab….
Pakai cantik-cantik pun.. ke dapur juga.
Ini baru menantuuuuuuuu.. tak gitu???
Ketupat palas tu juadah wajib bila raya di kedah.
ReplyDeleteMur-mur pun cantik baju SK :)
Meriahnya juadah raya
ReplyDeleteBaca satu-satu juadah tu bikin suspen tau Kak Seri ni hahaha..
ReplyDeleteIngat ke semua di masak, nak=nak yng pulut tu haaa...sedap gilee nengokkkk
sama la, kalo raya kat kedah, depa ada turn jugak..sebab biras pun semua orang kedah..bergilir la pagi atau petang berkumpul semua..bila semua ada, wajib snap gambar ramai2...
ReplyDeleteSeronoknya ada kampung jauh- jauh.. Sa memang tak beraya kemana la..kampung kat Kuala Pilah je...hehehe...jauh sekali nak balik rumah mertua..eh...kita memang takde mertua selamanya
ReplyDelete