PULUT KUNING KARI AYAM TANDA KESYUKURAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum…


LAMA dah niat nak buat Pulut Kuning tanda kesyukuran ni tapi asyik bertangguh-tangguh.
Rancangnya nak buat Rendang Daging untuk dimakan Bersama pulut kuning tapi pejam celik pejam celik tak juga di beli daging dan rempah ratusnya. Pejam celik pejam celik, esok Iman dah pun nak berangkat jadi nekad memasak menggunakan stok yang ada di rumah. Kebetulan ayam dan beras pulut memang ada, daging yang tak ada, jadi kita buatlah kari ayam dulu. InsyaAllah, buat sesi lain kita gandingkan pulak pulut kuning dengan rendang daging, insyaAllah.

Resepi Pulut Kuning
Bahan A
1.5 kg beras pulut
1 keping asam gelugor
1 tsp serbuk kunyit

Bahan B
1 liter santan
3 tbs gula pasir
1 tbs garam (letak sedikit-sedikit dan rasa kemasinannya, santan mestilah berasa masin, baru sedap setelah digaul dengan pulut)
2 helai daun pandan disimpul

1. Didihkan bahan B dengan api perlahan

Cara :

1. Cuci beras pulut hingga bersih
2. Rendam dalam air bersih (melebihi paras pulut seruas jari), masukkan serbuk kunyit dan asam gelugor, kacau rata.
3. Rendam semalaman, contohnya kalau nak kukus esok pagi, awal malam dah rendam.

Cara Mengukus Pulut :

1. Panaskan kukusan, bilas beras pulut yang direndam sebanyak dua kali.
2. Masukkan beras pulut dalam periuk pengukus yang dialas atas dulang yang lebar.
3. Letakkan pulut di sekeliling periuk pengukus dan tinggalkan ruang untuk wap keluar.
4. Letak atas pengukus, kukus sehingga separuh masak anggaran 20 minit.
5. Sementara itu sediakan bahan B.

6. Pindahkan pulut yang dikukus setengah masak ke dalam besen besar.
7. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggaul pulut secara kaup balik, buat hingga selesai.
8. Masukkan semula pulut yang telah digaul dengan santan ke dalam pengukus dan buat tiga hingga empat lubang untuk lepaskan wap. Kukus selama 10 minit.

9. Pulut sedia untuk digunakan, lepa pulut ketika ia masih panas.







Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!