MEDICAL CHECK-UP UNTUK SAMBUNG BELAJAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum…

LEBIH kurang seminggu sahaja lagi Iman akan melangkah keluar sebagai anak perantau demi meneruskan cita-citanya untuk sambung belajar. Ni baru cita-cita sambung belajar tau. Apa nak jadi lepas tu, akan datang kita fikirlah yang penting peluang terbuka dan terbentang jangan ditolak dan jika itu rezeki yang telah ditetapkan olah Allah swt, maka kami sekeluarga terima dengan hati yang lapang. Kita hanya merancang, namun Allah swt jua sebaik-baik perancang. 

Lupakan sajalah cita-cita nak jadi novelis atau ahli muzik. 
Jadi lawyer jauh sekali. Jadi doktor, masih ada harapan lagi.. tapi bukan doktor kat hospital laaa, hahaha. Dan Iman sejak dulu memang dah cakap dia tak minat langsung jadi doktor perubatan ni dan dia memang tak minat sains, gitulah katanya. Tapi, kalau tengok bidang yang ditawarkan pada Iman ni menjurus ke Sains Fizik, hurmmm.. makanlah kismis banyak-banyak nanti ya nakkk.

Alhamdulillah, boleh dikatakan persiapan untuk Iman telah 80% siap. Tinggal lagi nak ambil pakaian rasmi yang akan dipakai semasa pendaftaran dan nak beli baldi pink toiletries. Bak kata kawan Iman, kalau aku jadi kau, aku bawa jer semua benda yang aku nak bawa. Banyak pun banyaklah sebab kalau tertinggal apa-apa bukannya dekat nak ambil. Dan itulah .. list terus go on and on. Pendek kata, selagi tak tutup mata (tidur) asyik memikiokan aje pasal anak yang seorang ni. Rasa tak sabar nak tunggu minggu depan, bukan tak sabar nak berpisah tapi selagi tak selesai selagi tulah ia berlegar-legar dalam kepala, hahaha. Walaupun semuanya dah siap pun, tinggal nak kemas masuk beg aje.
Padahal, Sk dah pesan dengan Iman, baju-baju kurung dah bolehlah susun dalam beg, tapi dia dok kata, nantila.. bukan susah.. sebab baju dah ada, tinggal masuk aje, ish, pang kang! 

Medical Check-up antara misi penting dan wajib yang keputusannya perlu dibawa di hari pendaftaran nanti. Walaupun pada mulanya Sk bercadang untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan sahaja namun Sk berubah fikiran selepas membaca banyak kisah sedih dari gembira insan-insan yang melakukan pemeriksaan di hospital kerajaan.

Antaranya..

Hospital kerajaan dah tak buat medical check-up, sila pergi ke Klinik Kesihatan (KK).

Klinik Kesihatan tak buat urine test, sila buat urine test di klinik swasta dulu dan bawa result ke KK.

Awak dah periksa gigi belum, kalau belum.. awak pergi periksa gigi dulu.

Awak nak buat medical check-up ni, dah buat appointment belum??


Sebagai sejenis yang agak fobia dengan hospital dan klinik, maka Sk memutuskan untuk membawa Iman buat medical check-up di klinik swasta. Kebetulan sederet dengan pejabat Pak Inche ada klinik dan SK suruh Pak Inche tanyakan kos untuk buat medical check-up. Pejam mata ajelah bayar, harap-harap ada rezeki untuk claim nanti.

Oh ya, kos yang tertera ini untuk full medical check-up ya iaitu x-ray, urine test, pemeriksaan gigi, mata, tekanan darah dan lain-lain mengikut kehendak yang dinyatakan dalam borang institusi pengajian tu.

Doakan semoga Iman sukses di sana nanti ya. Di mana tu nanti Sk sambung ceritanya…

Wassalam.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hehehee masa nak membawa yee bawa segala, nanti dah habis sem tu, kena hangkut segala tu yang berpinor mata, sampai terpaksa Lin pergi sorang sbb tak muat nak sumbat, printerlah, baldi bertambahlah, bakul bajulah..ishhh nasib baik dekat Mersing je kak..

    Samalah Lin pun buat Amat di swasta gak, sekali xtray bagai.
    Iman, jangan lupa Lampu Picit! Hahaha tu penting tu, Amat dan Lampu picit tepi bantal tak dapat dipisahkan hahahah...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Iman, semuga terus berjaya mencapai cita2...

    ReplyDelete
  3. lagi satu kat hospital kerajaan ni lambat siapnye...time saya dulu, diorang cakap makan minggu juga...jadi buat kat swasta je..dulu2 murah lagi, tak sampai 100, da lebih 10 tahun masa berlalu...kira ok juga harga tu..

    rindu pulak nak jadi student baru...hahaha

    ReplyDelete
  4. Tahmiah iman & aunty....tiba- tiba kiter lak yang nervous...doakan juga untuk kiter tau..

    ReplyDelete
  5. SA apapun memang akan refer ke klinik/hospital swasta..bukan memperlekehkan kerajaan, kalau nak cepat dan takde benda remeh temeh better swasta la..tak kisah bayar lebih sikit asal memudahkan..

    ReplyDelete
  6. Awesome article, it was exceptionally helpful! I simply began in this and I'm becoming more acquainted with it better! Cheers, keep doing awesome! medical mask manufacturers china

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nk tanya. Result medical check up ada tarikh luput x? Cthnya saya nk smbung bljar bln 9 tapi dh buat medical check up bln 7?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!