Assalamualaikum...
DAH beberapa kali Pak Inche mengajak makan Mee Sampan di Aroi Thai yang terletak di aras bawah (luar) Trove Hotel, JB. Sk ni sebenarnya bukan peminat hidangan mee secoet ni tapi alang-alang dah keluar, kira sekali jalan jer la. Tengok pada nama restoran sahaja tentu kita dah tahu konsep dan jenis menu yang disediakan di sini.
Yang sebenarnya sebelum ke sini kami singgah makan Nasi Lemak Kayu Keramat tapi banyak lauk dah habis. Kira macam lepas geram jugaklah pasal makan nasi lemak tak puas tadi, hihi. Padahal memang dasar kuat makan.
Antara menu yang ditawarkan di Aroi Thai.
Semua hidangan bermula dari RM1.90 sehingga RM49.90.
Suasana dalam restoran. Tenang dan lapang tak ada orang. Masa kami sampai jam dah menunjukkan pukul 9.30 malam. Bimbang juga jika mereka tidak mahu lagi mengambil pesanan. Bila makanan dihantar ke meja, diberitahu jika hendak menambah apa-apa beritahu segera kerana dapur akan ditutup.
Pemandangan Floating Market yang menjadi identiti negara Thailand dijadikan poster hiasan dalam restoran. Iman kata, rindu nak pergi sana dan minum air dalam tembikar, hahaha.
Di Aroi Thai tiada air dalam tembikar tapi ada air dalam kole besi. Teh ais untuk Iman dan Nenas Ais untuk Pak Inche. Sk sedut jer air dorang, sejuk pulak nak minum ais malam-malam, nak minta air panas nanti lambat pulak nak habiskan.
Makanan sampai.. Kami pilih tiga mee sampan lembu (hahahaha) dan satu mee tomyam, pilihan kami semestinya glass mee sebab suka rasanya yang agak kenyal tu. Iman minta Pulut Mangga dan Ais Krim Kelapa.
Yang hitam tiga mangkuk tu mee sampan lembu. Ada glass mee dan taugeh serta satu bebola daging lembu. Supnya rasa kicap, agak masin, kami makan isinya sahaja.
Nasib baik mee tomyum tu sedap supnya. Rempah tomyum sungguh terasa. Sedang menghirup kuah datang pelayan menawarkan nasi goreng sebab dia takut sup tu terlalu masin sebab dah malam dan mendak ke bawah rempahnya. Sk menolak sebab kami datang nak santai-santai aje, perut pun dah kenyang makan nasi lemak, macam mana nak sumbat nasi goreng, hahaha.
Burpppp! Alhamdulillahhh..
Kenapakah agak hitam itu kuahnyaa..
ReplyDeleteMasa Lin makan takdelah sehitam itu rasanya ...
haa.. tulah pasal, hitam dan penuh semangkuk. Memang tak hiruplah kuah hitam tu, makan isi aje
Deletelain pulak penampilannya dengan yang kitorang makan ri tu...mee pun tak sebanyak ri tu, jenuh nak habiskan...
ReplyDeleteKadang- kadang SA layan gak Aroi Thai ni..kat NuSentral kat sini memang ada AROI THAI..boleh la..nak kata sedap sangat..ada je tempat lagi sedap..
ReplyDelete