IMAN MENDAFTAR DI POLITEKNIK UNGKU OMAR PART 3

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum…



BERPELUH ketiak ui kemaskan tempat Iman. Tak pastilah berapa lama tempat ni dikosongkan tapi berhabuk jugaklah tilamnya. Nasib baik pulak, meja, almari dan lantai bersih. Lantainya mozek, putih berkilat gitu. Setiap bilik di kediaman ni dibahagi kepada tiga petition yang menempatkan dua orang setiap bahagian. Walaupun ngam-ngam sahaja saiznya tapi lebih privacy la gitu. Disebabkan terkepung begitu maka agak berbahang jugaklah tambahan kipas siling terletak di atas almari (bukan katil). Tengok kawan Iman bawa kipas meja. Tanya dengan Iman, nak kipas ke? Tulah, hari tu suruh bawa kipas dekat rumah, dia kata tak payah. Baru tahu panas, huhuhu. Jadi, lepas siap kemas sikit-sikit barang yang peting, kami terus keluar cari kipas lipas. Pelajar-pelajar yang baru mendaftar diingatkan untuk mengambil bahan dan pakaian untuk Minggu Suai Kenal pada jam 4.30 petang, banyak masa lagi. Oh, ya.. tiada taklimat untuk ibu bapa seperti kebanyakan institusi yang lain, lega Sk.. hahaha. 


Turun bawah baru Sk perasan cafeteria / kantin yang terletak betul-betul di hadapan bangunan kediaman. Taklah risau meninggalkan Iman di sini, tahu sajalah dia, masa makan pagi dia dah sibuk tanya apa nak makan malam nanti, hihihi. Sk mengajak Iman ke kafe, Nampak ada orang jual bantal.




Phewww.. Nasib baik dah belikan Iman bantal siap-siap masa balik raya hari tu, baru RM10 sebiji. Sebenarnya ada jer bantal kediaman sediakan tapi faham-faham sajalah, hahaha. Sarung bantal dan cadar memang dah dipesan dalam buku panduan untuk dibawa pelajar dan tiada ketetapan warna dan corak. Ialah, ni bukan Budak asrama lagi tapi dah jadi siswa siswi, kan, dah bebas sikit lah kata orang tu, semua dah umur 18 tahun ke atas.


Ramai yang kelaparan selepas setengah hari menguruskan anak yang mendaftar, kan. Sk pun teringin jugak nak rasa makanan di sini tapi memandangkan Pak Inche nak sangat makan Nasi Ganja, jadi kami terus keluar untuk membeli kipas sebelum makan.


Cadangnya nak ke Giant tapi dah jumpa Tesco dulu, kita pergi Tesco la. Rezeki, kipas berdiri jenama Panasonic ni cuma RM89 sahaja dari harga asal RM135. Tengok kipas-kipas meja lain pun harga dah RM80 lebih jugak lalu kami ambil keputusan untuk beli kipas berdiri, jimatlah ruang dari letak kipas atas meja. 


Lepas tu, terus menuju ke Restoran Nasi Ganja. Sebab dah lama tak datang, terlupa yang nak makan tak payah beratur. Beriya kami beratur lepas tu baru teringat yang nak makan situ, duduk di meja nanti dia ambil pesanan kita di meja. Sini memang femes dengan Ayam Masak Merahnya yang didakwa tiada cawangan di tempat lain. Sedap ke sedap? Bolehlah.. tengah lapar, kan. Dengan menunggu mejanya lagi, kalua tak kerana melayankan anak tekak Pak Inche, tak hinginnya Sk nak makan kat sini, kah kah kah. Nasib baik pudding caramel tu sedap. Sedap giler okeh!

Lepas tu singgah balik ke kamsis Iman untuk pasangkan kipas. Lepas pasang kipas, kita pun babai babai Iman. Macam tak percaya, tiada siapa yang menangis di antara kami. Dah janji tanak nangis-nangis. Pak Inche buat-buat lawak supaya Iman ketawa dan tak nangis. Tangisan dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Malam tu, Iman WhatsApp bagi tahu dia sedih sangat dan menangis dari lepas makan malam sampai rasa nak balik. Tersayat jugak hati ni, terus kami bagi nasihat macam-macam untuk redhakan kesedihan dia. Oh, ya, masa ni kami masih ada di Ipoh lagi, tak naklah balik Johor terus, sedih woooo nanti.


Esoknya, lepas check-out sekali lagi kami ke Tesco belikan sedikit lagi keperluan Iman. Suruh makan tengahari, dia kata kenyang lagi. Macam-macam pesanan la yang ditinggalkan sebelum akhirnya kami berpisah. Sekali lagi tahan airmata dari tumpah atau menangis di situ sebab Sk tahu, kalua Sk menangis, Iman lagi teruk nanti, jadi SK tahan sajalah. Ceriakan hati tinggalkan anak beribu batu jauhnya di perantauan. Ialah, selama ni kami sentiasa bertiga ke mana-mana. Kalau Pak Inche kerja, Iman memang berdua dengan Sk jer meronggeng kan. Tetiba kita tinggal sorang, huwaaaaaaa!

Dan dah seminggu Iman di sana, dah berakhir Minggu Suai Kenal. Tak sabar nak tunggu pertemuan yang akan datang, hahaha. Patutlah pelajar-pelajar kat kolej Sk ni, tiap-tiap hari tanya bila cuti, baru Sk faham erti perpisahan itu. Ni pun tiap hari belek calendar, tak sabar nak gi Ipoh jumpa Iman, hahahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hehehehe bestlah Mak Inche dapat jalan jauh gitu hehehe boleh sekali cuti kannn..
    Oooo kalau Poli Amat, lepas dah daftar masuk kamsis, ibubapa ada taklimat undang-undang hahaha...
    Dan bantal di jual di PUO agak mahal, waktu Amat ada bantal biasa di jual rm10 aje..siap ada jualan baldi segala, dah macam kedai ECO di kantin masa tu hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Dia ingat org have2 ke yg htr ank belajar di puo tu, huwa3.

      Mmg habis gitu jer cuti tahun kita Lin, tak dpt foward lngsung, takpelah, anak punya psl kan

      Delete
  2. alolo.. xpela kak seri.. lepas ni boleh cuti2 malaysia ke utara selalu sambil tgk iman.. hehe.. semoga iman tenang belajar di sana, jauh dari bonda dan babah..

    ReplyDelete
  3. Salam. .. anak Sorang .mesti sedih.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!