Assalamualaikum…
AGAK teruja juga apabila diberitahu Iman, bahawa MBO Cinemas akan membuka Pawagam Mesra Keluarga di AEON Mall Bandar Dato Onn, Kempas. Pertamanya, Sk pun tak perasan yang AEON BDO ini mempunyai ruang untuk pawagam dan yang kedua, Sk kurang jelas maksud Pawagam Mesra Keluarga ni? "Nanti ada playground dalam panggung tu..,"jelas Iman. Wowwww sangat! Jadi, apabila menerima jemputan khas media untuk tour suasana di MBO Cinemas Aeon Mall, BDO, ianya merupakan peluang yang sukar dilepaskan.
Pembukaan cawangan terbaharu MBO ini diharapkan dapat memberi pengalaman menonton wayang dengan konsep tontonan unik yang mana konsep ini jarang-jarang dibawakan di Malaysia. Pawagam yang terletak di Tingkat Dua ini menampilkan tiga dewan tontonan khas MBO iaitu KECIL, Big Screen dan MX4D yang diperkenalkan buat kali pertama di Johor Bahru.
Pengenalan Taman Kanak-kanak di dewan tontonan KECILmerupakan cara ikonik MBO sebagai peneraju konsep dewan pawagam mesra keluarga bagi mengukuhkan reputasi yang kukuh terutama untuk golongan ibu bapa dan kanak-kanak yang mana setakat ini sebanyak 9 dewan berkonsep KECIL di seluruh negara termasuk cawangan MBO Bandar Dato Onn. Berikutan sambutan menggalakkan, MBO bersetuju untuk membina dua buah dewan KECIL di bawah satu bumbung yang pertama di wilayah selatan.
Berbeza dengan dewan pawagam yang lain, MBO KECIL membolehkan anak-anak bebas bermain dan bergerak sambil menonton filem tanpa ibu bapa risau kerana keadaan dewan yang lebih cerah, audio yang lebih lembut, tempat duduk yang istimewa dan taman permainan di dalam dewan tontonan.
Satu kepuasan apabila menonton tayangan di MBO BIG SCREEN yang memaparkan skrin terbesar dengan teknologi terkini hasil kerjasama MBO Bersama BARCO. Projektor laser yang digunakan membawa prestasi visual yang unggul ke skrin yang lebar. Ia juga dipertingkatkan dengan teknologi audio Dolby Atmos yang membawa penonton ke dalam cerita dengan audio bergerak yang mengelilingi panggung. Ia telah diguna pakai oleh pelbagai studio Utama, pengarah filem dan organisasi di seluruh dunia dan telah lebih 1000 filem dikeluarkan dengan teknologi Dolby Atmos.
Bagi Dewan MBO MX4D yang dilengkapi dengan MX4D Motion EFX Theatre yang pertama di Malaysia memaparkan dewan pawagam yang lengkap dengan kerusi bergerak 4D yang bertindakbalas dengan tayangan adegan di skrin antaranya percikan air, tiupan angin, belon, kabus, pergerakan di belakang dan kaki penonton dan sebagainya bergantung kepada ketersediaan filem yang dipaparkan.
Ketua Pegawai Operasi MBO, Cheah Chun Wai berkata, MBO berbangga menjadi pencetus perubahan di dalam industry pawagam di Malaysia dan akan terus berusaha keras untuk melengkapkan dewan pawagam dengan teknologi audio dan visual tercanggih untuk kepuasan tontonan yang maksimum.
Layari
Tak sabar pulak nak nengok Godzilla guna kursi tu hehehehe
ReplyDeletewow! boleh bawak anak-anak tengok cerita godzilla kat sini, best!
ReplyDelete