MEMBURU AYAN DI NEGERI CHE SITI WAN KEMBANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
Assalamualaikum...

PENAT balik Kuala Ketil belum hilang, Pak Inche dah berzikir ajak jenjalan ke Kelantan. Dah tak terkira berapa kali Sk datang bercuti ke negeri Che Siti Wan Kembang ni. Dah macam balik ke Tanah Serambi Mekah setahun sekali gitu. Cuma tahun lepas jer tak pergi sebab masa tu Iman dah belajar di Ipoh, kan. Tanah serendah sekebun bunga ini memang tempat kegemaran kami untuk jalan-jalan, makan-makan dan yang paling best, shopping! Cuma tulah, jauhnya lahai... Sebab jauhlah, Sk kadang malasnya nak pergi bila diajak. Seronok tu bila dah sampai, tapi perjalanannya, ya ampunnn, hahaha. 

Disebabkan Sk ada join satu kelab peminat produk ayan atau enamel di facebook, jadi Sk selalu cerita dengan Pak Inche yang orang kata, barang ayan di Kelantan, murah. Hurmmm, makinlah dia menghasut-hasut . Kita ni kan, baru naik kerja pasca PKP, dengan pelajar mendaftar dan pelajar naik kuliah, jadi, setelah dipikio-pikio masak-masak, maka minggu ini adalah minggu yang paling free untuk bercuti. Hari ini, Sk dah kembali bekerja, esok pula cuti rehat berjadual, jadi dalam minggu ni, cuma sehari jer Sk kerja. Kawan-kawan pun pelik kenapa Sk tak cuti terus seminggu, hahaha. 

Berbalik kisah ke Kelantan tu, kali ini, perjalanan pergi dan balik jer memakan masa dua hari, jadi percutian tiga hari dua malam hanya di Kelantan, lagi dua hari tu kami transit semalam di Chukai, Terengganu dan Kuantan, Pahang. Kalau zaman muda dulu memang laratlah memandu sepanjang malam dan hanya berhenti rawat dan rehat sejam dua sebelum menyambung perjalanan tapi sekarang kami akan singgah di hotel bajet untuk berehat sebelum meneruskan pemanduan keesokan pagi selepas bersarapan.


Sebelum bertolak, Sk singgah Marrybrown Pulai Perdana beli tiga set Nasi Kandar MB. Bila sampai jer rumah, Iman baru siap cuci kuali, rupanya dia masak maggi sebab Sk bergurau dengan dia yang Sk tak sempat nak beli makan bila dia hantar whatsapp mengadu lapar.. hahaha. Jadi, makan Nasi Kandar MB, ramen buat bekal, kononnya nak makan dalam perjalanan tapi sudahnya dah sampai Chukai, baru dimakan, itupun terpaksa sebab tak nak membazir, huwa huwa huwa.


Singgah makan Murtabak Mengkasar di Pekan. Selalu kedai murtabak ni penuh orang tapi malam tu cuma kami tiga beranak aje yang singgah makan. Sunyi dan sepi betul musim covid ni. Kami singgah makan tu tak lama, sebab mengejar nak ke Kemaman, kan. Tak mahulah dah pukul 12 malam baru sampai Kemaman, huhu. Dekat sinilah, Sk dengar Pak Inche buat panggilan telefon booking hotel. Biasanya, dia cari sama-sama dengan Sk pilih di Booking.Com atau google hotel dulu, ni terus booking aje, macam pelik pulak, hahaha.  Pak Inche kata, dapat bilik tingkat 3, tak ada lif, kena naik tangga... eh, pelik betul ni. Ah, tak kisahlah, janji dapat rehat.


Lebih kurang 10.30 malam, kami pun sampai ke Kemaman dan masuk ke bandar Chukai untuk mencari hotel yang telah ditempah menggunakan waze. Sekali, bila dah sampai depan hotel, kwang kwang kwang. Nak nangis tengok pintu hotel, dah serupa pintu hotel macam dalam filem Pompuan, Isteri dan dot dot dot, cuma tak ada nyonya berkipas tunggu tepi pintu jer, hahahaha. Terus kami blah dari situ, takut tauke dia nampak, padahal tak ada siapa pun yang nampak dan kenal. Kitorang pun masih dalam kereta lagi masa tu, haha. Kebetulan, masa masuk bandar Chukai tu, Sk dan Iman perasan ada satu hotel, namanya Home 2 Hotel, yang nampak bagus lalu kami cadangkan Pak Inche ke sana.


 Syukur, dapat bilik yang selesa untuk tiga orang, macam nilah rupa bilik kami, ni gambar ambil dari google, haha. Siapa yang sesat atau memang tetiba kena pergi ke Chukai, Sk rekomen hotel ni, insyaAllah selesa. Pancuran air pun laju, boleh dikatakan ini antara hotel bajet terbaik pernah kami inap. Tak silap SK, harga semalam RM130 untuk family room ni.


Cadangnya pagi tu nak sarapan di Hai Peng Kopitiam yang terkenal di Kemaman, tapi tak ada rezeki, kopitiam tutup pulak. Sebab nak cepat-cepat sampai Kota Bharu, kami meneruskan perjalanan ikut lebuhraya pantai-timur dan bersarapan di R&R, Paka. Nak makan nasi dagang tapi tengok berbungkus kuahnya pulak, jadi makan nasi lemak ajelah... lepas makan teruslah menyusur lebuhraya sampai habis, dan kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu.


Masuk bumi Kelantan, langit dah mula gelap. Alamak, macam nak hujan beno ni. Tak bestlah kan jalan kalau hujan tapi kalau dah hujan apa nak dikato. Masuk aje KB, hujan pun turunnnnnnnnnn.. angkat jemurannnnn. Kami terus menuju ke hotel untuk daftar masuk dan untuk kesekian kalinya kami menginap di Grand Riverview, KB. Hotel ni terletak di tebing sungai, kalau pagi-pagi, boleh sarapan sambil tengok sungailah. Tapi kalau dapat bilik mengadap sungai, dari pagi sampai malamlah kita boleh lihat sungai, haha. Orang kata, kalau kita tengok air yang mengalir ni, tenang jer fikiran, tak gitu. Sk tak tahulah, kali ni baik Sk atau Iman, kami langsung tak ambil gambar bilik hotel. Agaknya dah berkali-kali datang, jadi tak teruja nak ambil gambar dah. Yang teruja sekarang ni, nak shopping!


Disebabkan hari pun dah nak petang, Sk mengajak Pak Inche terus ke Pengkalan Kubur. Alhamdulillah, hujan pun dah berhenti dan memang tak hujan di tempat lain. Sampai jer pintu masuk kawasan bebas cukai PK, ingatkan, bukan cuti sekolah, orang tak ramai, sekali bila sampaiiii, nak nangis tengok, punyalah ramai manusia. Baik tua, baik muda, kanak-kanak, bayi semua ada. Mengesot-ngesotlah kereta kami cari parking, sekali.. ada kereta tu pun bagi signal nak keluar kotak, betul-betul depan kedai yang jual periuk belanga berhadapan dengan kedai makan. Terus Sk berdebar-debar, hahahaha.


Punyalah laju jantung ni berdetak. Selalu dengar, perempuan nampak lelaki handsome, ovari nak pecah, kan.. haaaaaaa.. camtulah kot perumpamaannya bila Sk nampak segala koleksi ayan ni.. kahhhhhhhhhhh.. kau dah kenapa?

Rilek kak, tarik nafas.. hembussssssssss.. tarik nafas... hembusssssssss...
Sk masuk kedai periuk tu sekejap untuk menengok-nengok dulu. Survey, orang kata.. ahaks!


Kita makan duluuuu!
Disebabkan last makan nasi lemak tadi pukul 10 lebih, memang lapar nak pengsan dah rasa. Tengok lauk nasi campur macam dah tak berapa ada, jadi kita makan mee celup dulu. Tengok rupa, biasa ajekan, tapi rasa dia sedaplah jugak. Sambil makan tu, terkenang-kenang ayan kat kedai pakcik tu.. haha. 


Lepas makan, kami terus masuk ke kawasan arked. Dekat sini kebanyakannya menjual pakaian, barangan rumah dan mainan kanak-kanak. Harga memang agak murahlah kalau nak dibanding dengan di JB dan Sk perasan banyak pakaian online yang dijual di sini. Kedai-kedai yang menjual barangan rumah kebanyakannya mempamerkan produk ayan di hadapan kedai. Ajaibnya, semua harga dorang letak, sama aje ya. Contohnya periuk kuning ni kan, kalau satu kedai tu jual RM60 sebiji, semua kedai lain pun pakat-pakat letak harga RM60, pandai-pandailah kita nak tawar, dapat ke tak dapat tawarm rezeki masing-masing.


Ada ke peminat ayan kat sini? Sk minat tapi tak tegar. Maksudnya, walaupun minat tapi tak sanggup nak berhabis demi sebiji pinggan ayan yang di sini harganya mencecah sehingga RM10 sebiji. Kalau RM10, lebih baik Sk beli pinggan claytan, haha.


Tapi, kalau anda memang collector, apa ada hal, kan. Bukan minta duit orang.
Yang Sk pegang ni, milk pan. Kecik aje tau, pot tu tapak tangan Sk lagi besau, hahaha.. tengok rege RM55, gilak! hahaha.


Senarai harga pinggan ayan. Pinggan ayan ni kalau jatuh memang tak pecah, tapi kemungkinan bahan enamel yang menyalut tu akan sompek dan sudahnya berkarat. Jadi, jangan bagi jatuh. Dia punya bunyi jatuh tu berdesing oi, hahaha.



Kole Ayan.. ni kalau tuang air sejuk minum di tengah panas, nyaman giler.
Tapi, kalau tuang air panas, jangan berani-berani minum masa panas, melocot bibir.


Dalam banyak-banyak kedai, kedai ni la yang paling banyak sekali koleksi ayannya. Memang rambang mata nak pilih yang mana nak dibawa balik. Hati-hati ya, jatuh dikira bayar. Sk pandang jer, tak berani nak pegang, hahaha. Dia punya harga, seposen pun tak boleh kurang, huwa huwa huwa.


Mangkuk tingkat ni kecik jer tau. Saiz mini. Bak kata Pak Inche, letak sambal belacan, bolehlah, hahaha. Kecik-kecik pun patplohlima riyal.


Haaa.. nampak tu, kecik comel aje. Ni lebih sesuai untuk buat perhiasan. Atau, kalau tengah diet, bolehlah guna bawa bekal, muatlah nasi segenggam, telur mata kerbau sebiji dengan ulam-ulam petai.


Set cawan dan piring ni doploh sembilan riyal. Kira harga kat shopee murah seringgit laaa, hahaha.
Menurut satu komen di fb, minggu lepas regenya baru 19 riyal, aisehhh!


Ni semua gara-gara rancangan Pung Pang Rizalman yang dihoskan oleh Datuk Rizalman masa bulan puasa lepas la ni. Kan semua bahan masakannya tu diletak dalam mangkuk ayan. Masak pulak, guna kuali tembaga. Nak beli kuali tembaga tak mampu, ayan jer mampu, haha.

Adoih, tempat berburu dah sampai, nak minang ke idok ni, Sk oiiiii??!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tudiaaaaa...cantik2 semuanya ni...sabar jer la SA tgok...berdebar2 hatiku ni ha...

    ReplyDelete
  2. enamel. trending punya pasal, jer bapak mahal harga kan! kak rose beli cup set tu rm30/set... kecik ya amat saiznya!

    ReplyDelete
  3. Mahal jugak harganya..Padahal pinggan mangkuk ayan ni dulu masa kita kecik2 buat baling ayam je kalau ayam masuk rumah..Dulu la.. 40 tahun lalu.. hahahah

    ReplyDelete
  4. teruskan dtg ke kelate untuk membeli-belah..

    ReplyDelete
  5. Ingat2 zaman dulu, semua perkakasan dapur diperbuat daripad ayan
    Sekarang boleh tahan mahal harganya.

    ReplyDelete
  6. kan, memang selalunya diorang dah pakat harga :)

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan harganya, ye, ingatkan mur-mur sebab dulu2 rasa pernah juga mak-mak kita guna.

    PH & family pun pernah stay di Home 2 Hotel tu.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!