MAKAN NASI AYAM SEDAP DI GRAND CHICKEN RICE BELETIME DANGA BAY

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum... 

IMAN kata, sekarang ni kalau dah tak ada idea nak masak apa, makan di mana, kita pergi aje ke Beletime Danga Bay, sebuah pusat beli belah baharu yang terletak di Danga Bay sebab di sini ada restoran nasi ayam yang sedap dengan portion yang banyak serta harga yang berpatutan iaitu Grand Chicken Rice. Maklumlah perut kami ni besar, manalah cukup dengan ayam yang dipotong nipis serta nasi sejemput, kahhhhhh.


Haaa.. nampak tak saiz nasi tu. Saiz tiga penumbuk okeh, hahaha. Ayam pun besar dan dagingnya banyak. Sup pun dah termasuk dalam harga setiap hidangan. Pernah makan dekat satu kedai nasi ayam bebola, kalau nak sup kena bayar harga lain, padahal dah tentu-tentu sup tu dari air rebusan ayam ko tu, nak juga ambil untung lebih kat situ. 

Terpaling best di Grand Chicken Rice untuk orang yang kuat pedas macam kami, boleh letak cili ikut suka hati nak banyak mana. Tak adalah staf yang tarik muka bila kita asyik minta cili tambah kerana tak cukup pedas.


Gambar di atas tadi, set nasi ayam Iman yang memilih Ayam Panggang manakala Sk dan Pak Inche lebih sukakan Nasi Ayam Hainan. Setiap hidangan ayam disertakan dengan timun yang banyak dan sehiris tomato, daun salad tak ada pulak. Tu takpa, Sk pernah makan di satu kedai nasi ayam ni, timunnya sehelai aje okey, mana nak datang serat ni?

Oh, ya.. kalau makan nasi ayam di kedai wajib ambil sayur dan pilihan kami adalah taugeh. Mula Sk nak Sawi Pak Choy tapi Pak Inche kata nak taugeh. Macam pelik pulak dia suka taugeh, dulu tak suka. Oh, lupa.. faktor usia mungkin, hahaha. Sk memang dari kecik suka makan taugeh sampai sekarang dan seperti selalu Sk yang kena perabihkan sayur, suka.. suka...

Grand Chicken Rice
Beletime Danga Bay

No. 01-68, Beletime Danga Bay, Bay Point Persiaran Danga Perdana, Country Garden Johor Bahru 
⏰ 11.30 AM - 8.30 PM (Setiap Hari) 
☎️ 019 735 7556 / 07 207 2533 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!