DAGING BAKAR AIR ASAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
15

 Assalamualaikum...

LAUK makan malam semalam tapi sebenarnya daging ni dah diperap sejak hari Jumaat. Cadangnya nak bakar untuk makan malam hari Jumaat tu tapi Pak Inche pulak Tapau Ikan Bakar Tip Top. Jadi, Sk pospone nak bakar hari Sabtu, tapi hari Sabtu pulak, Pak Inche masak Koey Teow Goreng, sudahnya.. semalamlah daging ni dibakar. Bukan bakar pun, panggang atas Grill Pan jer, hahahaha.

Untuk pencicahnya, Sk buat air asam budu. Ada orang letak belacan dalam air asam tapi Sk suka letak budu, paling senang tuang terus dari botol, hehehe. Kalau belacan nak kena bakar lagi, semerbak, malas nak layan bau belacan, hehehe.. yang penting cili padi kena banyak barulahhhhhh 👍👍👍👍👍

Daging Bakar

300 gram Daging Lembu, peraplah ikut citarasa masing-masing
Sk perap guna sos perapan daging yang Sk beli di Kedah
Bakar atau panggang sehingga masak, kemudian hiris nipis, panggang semula sekejap sahaja 

Air Asam

1/2 bawang besar (potong dadu)
segenggam cili padi (hiris)
1 Tomato (potong dadu)
1 tbs pes asam jawa adabi
1tbs gula pasir
1 tbs budu
1 tangkai daun ketumbar
1/2 cawan air
2 biji limau nipis ambil jusnya

Gaulkan semua hingga sebati, sedia untuk dihidangkan



Tags

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita harini nak buat gak kak, tapi Laki plak beli tulang gearbox, sekali permintaan dia, sup tulang merah plak adoii..menjajor belek resepi ni...

    ReplyDelete
  2. sedapnya...lapar trus tgk menu daging bakar tu

    ReplyDelete
  3. ni ala² daging rimau menangis ni.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. wah, teliur pulak tengok menu ni...

    ReplyDelete
  5. Daging tu sedapnya... Terliur lak

    ReplyDelete
  6. Ish..kenapalah kamu kijam SK... Huwaaaa
    Daging tu... Kalau harimau yang nampak oun mau nangis nih.. Huwaaa

    ReplyDelete
  7. Ingatkan daging harimau menangis...kah!

    ReplyDelete
  8. dapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  9. Terliur tengok gambar tu. Lagi sedap Kena dengan pencecahnya

    ReplyDelete
  10. Namapak sedap tu ha...nak buat laa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!