SELAMAT HARI JADI, IMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

TERINGAT kegigihan Sk doploh tahun lepas semasa mengandungkan Nur Iman Fatiha Mohd Rizar. Tarikh jangkaan bersalin adalah pada 22 Januari 2020 tapi kerana hendakkan tarikh lahirnya jatuh pada 20 haribulan sebab nak dapatkan tarikh cantik 20.01.2001, pada 19 haribulan tu Sk mengemas satu rumah supaya esoknya tu dapatlah bersalin. Ini kerana sehingga 19 haribulan tu, SK masih rasa sihat walafiat dan tiada tanda-tanda nak melahirkan, hahaha. Kalau ikutkan kata ibu Sk, Sk ni boleh beranak sepuluh kali sebab sepanjang tempoh mengandung tu memang lasak dan tak ada macam orang mengandung. Ramai juga yang fikir, anak yang dikandungkan tu lelaki kalau melihat kepada kegagahan Sk sepanjang mengandung tapi ada juga yang teka perempuan sebab sikap Sk yang suka melawa. Ah, melawa tu memang dari dulu sampai sekarang, kuat melaram dan berangan, kahhhh. Sk ada ceritakan pengalaman bersalinkan Iman dalam blog ni, kalau nak baca, pandai-pandailah search, kih kih.. malu nak flash back.

Pesan-pesan saja untuk makan-makan sempena hari jadi Iman. Sebenarnya Sk asalnya tak plan nak buat sambutan hari jadi Iman cuma SK memang ada membuat tempahan kek. Dalam family, memang wajiblah ada kek setiap kali hari jadi. Sehari dua sebelum tu masih lagi berfikir, boleh ke nak buat majlis hari jadi dalam tempoh pkp ni. Tapi Pak Inche kata, kita bukannya ramai, bukan nak pasang khemah pun. Malam sebelum hari jadi, Pak Inche tanya lagi pasal hari jadi Iman. Macam sungguh-sungguh pulak dia suruh buat, jadi pagi hari jadi Iman tu la baru Sk jemput adik-beradik yang tinggal di JB ni. Angah lima beranak, Cik Ani tiga beranak, campur ibu baru 9 orang, haaa.. itu sajalah jemputannya, hahahaha. Juadahnya.. Nasi Arab yang SK beli di Taman U serta Sate yang ditempah dari Restoran Soho dalam kawasan taman rumah Sk ni juga. 

Satu-satunya dessert yang dibuat sendiri, Pudding Cocktail.. haaa.. ni memang feberet dan kewajiban setiap kali ada parti, hahaha. Dulu-dulu SK belajar buat puding ni dengan ibu, tapi tak ada sukatan. Setiap kali buat, tuang air pakai agak-agak, dah siap bancuh baru letak atas api. Dalam masa yang sama ibu sediakan air panas kot-kotlah pudingnya terkeras, cepat-cepat tuang air panas tu. Bila dah kerja, Sk belajar dengan kawan nisbah sukatan air dan tepung kastard, lepas tu tak adalah nak standby air panas lagi. Kompom tak keras atau lembik lagi pudingnya, nak resepi boleh tengok pada sidebar sebelah kanan.. haaaa.. tu memang antara post terfofular sepanjang zaman di Alam Sari Tanah Jauhar ni, hahaha.

9 - 10 tahun lepas, gigih menyediakan kek hari jadi sendiri. Jangan kata kek besday Iman, Sk pasti akan buatkan kek hari jadi untuk semua anak saudara dan adik beradik tapi semenjak 3 - 4 tahun ni memang dah tak larat nak lama-lama di dapur. Maklumlah dah remaja purba, hahaha. Disebabkan tahun lepas tak dapat sambut hari jadi bersama-sama, tahun ini kita raikan semeriahnya. Nampak Iman happy sangat diraikan keluarga yang dekat dan tidak lupa kawan-kawan yang jauh yang melayangkan ucapan melalui IG Stories. Cerita Iman, tahun lepas ramai-ramai raikan hari jadinya di kedai mamak, meja dicantumkan berderet-deret panjang dan semasa membayar, masing-masing volunteer nak bayarkan makanan Iman, hihi.


Cakesicles dari Kak Leen Hazleena. Teruja masing-masing tengok kek yang comel dan elegant ni. rasa macam tak sampai hati nak makan pada mulanya tapi bila suruh berposing, masing-masing terus menggigit. Macam makan ais krim pulak masing-masing, hahaha. Kek berperisa coklat ini, Sk pesan dengan deko minimal tapi minimal pun dah macam ni punya vogue.


Masing-masing menggigit cakesicles pilihan. Yang acah-acah garang pun dalam hati ada taman, hahahaha. Haaa.. tu dia Iman, walaupun anak tunggul tunggal tapi dikelilingi sepupu-sepupu yang rapat macam adik beradik jugak. Terima kasih Izzat, Ilham, Indah dan Zulaikha, ibu (Angah) dan Cik Ani yang memeriahkan hari jadi Iman semalam. Cikwa dan Mama, terima kasih atas mesej ucapan yang dihantar, semoga semuanya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi Robbi.


Nenek dan cucus... dulu berleter ngan anak-anak, sekarang sambung kat cucu-cucu pulak.. hahaha, sabar ajelah cucu-cucu semua. Nanti kita plan pulak untuk hari jadi nenek bulan Mac akan datang, harap-harap masa tu dah tak ada pkp lagilah, kan.. doa.. doa.. doa... banyak-banyak.


Sk simpan beberapa ketul Red Velvet Cupcakes untuk parti kecil ni. Sebenarnya kalau tak buat majlis ni pun, Sk bercadang nak hantar makanan dan kek ke rumah masing-masing. Ialah, mereka nak bergerak ramai, kami berdua jer, kan cuma dua orang aje dalam satu kereta. Sudahnya, Angah datang tiga kereta semalam, hahaha. 


Dua kali Iman kena surprise semalam. Sekali, masa dapat kek.. sebab Sk beritahu, tak dapat nak tempah kek tema pink dan donut yang dia minta disebabkan pkp.  Nanti, kita beli Kek Sirap Lychee dari Secret Recipe jer. Iman memang dah pasrah la.. kalau tak sambut hari jadi pun semalam dia dah redho.. tapi dia punya redho tu, lain macam jer, hahaha. Jadi, bila dihulurkan kek dengan tema yang dia nak tu, terus matanya bersinar-sinar dan senyum sampai ke telinga. Sampai kita suruh letak kek tu di seta belakang pun dia tak nak, dia peluk aje sebab takut tumbang katanya kalau letak ke belakang. 


Kita ni suruh letak belakang sebab sekejap lagi ada kawan nak pas Chocolate Bouquet, haha. Dah cemana nanti nak ambil bouquet tu. Jadi, Sk cakap dengan Iman, pinjam jap kotak kek nak ambil gambar. Masa tulah, kawan Sk (yang Sk tempah CB) ni ketuk pintu kereta hulurkan CB. Terus Iman terkejut dan malu sangat katanya sebab tengah selekeh, hahaha. Hah, tulah kekangannya masa pkp ni, semua surprise kena buat sendiri sebab tak ada siapa yang sanggup nak hantar jauh-jauh ke rumah Sk yang terceruk ni ha.


Dua beranak yang kadang macam bff, kadang macam anjing dengan kucing pun ya, hahaha. Siapa masih ingat kisah Pak Inche nangis sebab rindukan Iman yang masuk poli tu? Memang kelakar sedih la kalau ingat-ingat balik. Hikmah pkp boleh duduk puas-puas bawah ketiak mak bapak. Tapi Iman kata, sejak balik JB, babah dah tak bagi duit macam dulu, hahahaha.


Dah bolehlah diharap sikit-sikit. Setakat teringin nak makan maggi tu, cakap aje. Masak nasi, kemas dapur, cuci pinggan. Cuci kain boleh tapi tak nak sidai, ialah.. yang cuci kain tu mesin, kan. Lipat kain, boleh suruh dah, kemas rumah okey. kalau datang mood malas dia satu benda tak siap. Sekali bonda jerit, baru ada akai.


Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 20, Semoga Iman diberi kesihatan yang baik, panjang umur, dilimpahkan rezeki wang yang banyak lagi halal serta ilmu yang bermanafaat, jalan hidupmu sentiasa diterangi cahaya dan menjadi insan yang sentiasa disayangi dan disenangi semua orang di sekelilingmu.. Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnnn.


Nenek yang menjaga Iman dari lahir sampai umur 5 tahun. Lepas tu setiap minggu mesti jumpa nenek, kalau bonda kata, hari ni tak pergi rumah nenek, dia okey lagi, tapi kalau dah dua minggu tak jumpa nenek dia bising cakap rindu nenek... paling rindu, asam pedas nenek la... semua cucu memang peminat asam pedas nenek.


Ex-babysitter, dulu kalau Sk ikut Pak Inche out station, Iman ikut Cik Ani. Sekarang kalau suruh tidur rumah Cik Ani, malu katanya. Masa Zulaikha kecik (anak Cik Ani), sekejap-sekejap nak jumpa Zulaikha.


Dua beradik beralkon babak sedih, cerita apa tak tahulah. Dengan muka Zulaikha tu memang tak menahan la, sedih bebeno menadah tangan berdoa.


Dengan family ibu (Angah). Mak sedara yang sentiasa berkorban untuk semua orang ni. Untunglah engkorang sekarang dapat ibu sedara yang penyanyang kan. Teringat dulu sorang mak sedara ni punyalah garang nak mampus, dah Innalillah pun... Moralnya, jadilah mak sedara yang baik, bukan bengis membuta tuli. Ingat, budak kecik tu bukan selamanya kecik, mungkin satu hari dia boleh jadi menteri, hihi.


Iman dan Indah.. tahun ni Indah dah tingkatan dua. Indah dah pakai tudung sejak akhir tahun lepas, Alhamdulillah. Hari jadi Indah paling lambat dari orang lain, bulan Ogos, hahaha.. Jauh lagi tu Indah, banyak masa ni nak berangan kek apa, jangan lupa hantar permohonan awal, senang nak lulus, insyaAllah.

😍😍😍






Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SELAMAT ULANGTAHUN KE-20 untuk anakanda Iman. Swmoga dipermudahkan urusan hidup,dirahmati serta diberkati.. dunia & akhirat. Ngam2 beza 1 tahu 3 hari dengan adinda Cella..
    Anak kelahiran awal tahun.... Hihihi

    ReplyDelete
  2. sukanya tgk kek iman! happy birthday :)

    ReplyDelete
  3. Happy besday Iman..
    Aunty nak sebatang kek eskrem tu hehehehe..
    Meriah juga kan Kak.. jadilah dari nan ado...

    ReplyDelete
  4. Meriahnya majlis!
    Keknya pun mengancam...pink!
    Selamat ulang tahun Iman. Moga sentiasa gembira, berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  5. Whoaaa.. Happy Birthday Iman!! Moga makbul segala doa...Amin...
    Aaaaa...Cutenya kek diaaaa tuuu! Cutenya muka Zulaikha sedih tuuu... hahahaha.. Cutenya nenek Iman.. ok family yang cuteeee gituuu....

    ReplyDelete
  6. permainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  7. Hepi besday IMAN....
    Kek tu nampak tempting nya hahaha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!