Assalamualaikum...
HARI ke 19, tahun 2021...
Pertama kali dalam tahun ini masak nasi lemak. Seingat Sk, setiap tahun, Sk pasti memasak nasi lemak beberapa kali. Kalau hari-hari pertama tahun baru tu, memang menunya nasi lemak la, hehehe. Biasanya, Pak Inche suka makan nasi lemak dengan sambal kosong jer. Aksesori wajib ada ikan bilis goreng dan telur lenggang (dadar) yang dipotong kecil-kecil. Timun dan kacang tu kalau tak ada stok, memang tak letak pun tak apa.
Tapi, kali ni, Pak Inche kata, nak Sambal Udang. Sk pulak memang sukakan Nasi Lemak Berlauk dari Nasi Lemak Sambal Kosong, jadi memang suka sangatlah bila diminta memasak Sambal Udang tu, hihi. Nasi Lemak ni Sk masak untuk dinner, jadi sengaja masak lebih sikit untuk buat sarapan pagi esoknya.
Nampak tak ada nasi yang berwarna kuning tu? Haaaa.. tu sebab ada baki nasi lemak yang ibu Sk bagi minggu sebelumnya, jadi Sk panaskan sekali nasi lemak Sk dan nasi lemak ibu, pagi esoknya tu. Sebab tak ada timun, Sk gantikan dengan petai, nyum nyum. Ikan bilis dan telur lenggang habis, kita makan dengan telur rebus jer 😅
Berbalik cerita pasal Pak Inche, dah dia suruh kita masak nasi lemak, boleh pulak dia bawa balik sate. Ah, Pak Inche mana pernah balik tangan kosong, kan. Ada jer yang teringin dia nak makan. Katanya, sate tu sempena pra-besday Iman, tapi Iman dan Sk, nak petang lidi sate pun dah tak larat, hahaha.
Sebab berulang kali Pak Inche kata sate tu sedap, tu yang Sk order online terus untuk sambutan hari jadi Iman. Alhamdulillah, semua orang kata sedap dan lembut satenya. Rempahnya berasa dan kuah kacangnya pun sedap juga. Kadang beli sate, sate sedap kuah masam la, tawar la, masin la. Pernah jugak beli kuahnya sedap, sate pulak rasa kicap, hihi. Macam-macam ek 😝😝😝
terus rasa lapar bila tgok foto nasi lemak n sate tu. yummy...
ReplyDeleteRancangan Perniagaan
ReplyDeleteBisnes Online
Zakat Perniagaan
Lhdn e filling
Cukai Harta
nampak petai tu saja dah tau nasi lemak tu mmg sedap hehe
ReplyDeletecara menghilangkan jerawat
ReplyDeleteberbagai bonus besar menanti di IONQQ
ReplyDeleteayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
WA: +855 1537 3217
Tengok sate terliur, tengok nasi lemak "marble" (putih kuning) pun sedap. Ish, macamana la nak kuwus ni.. Tengok pic pun telan air liur.. Hihihi
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteTelioq aih :p
ReplyDeletekita ni hantu sate gak,,, order dari mana sate tu hehe...kita suka kalau kuah sate pekat dan pedas hehehe
ReplyDeleteSaya, kalau jumpa sate dan kuahnya sedap memang di situlah akan dikunjungi selalu walaupun jauh!
ReplyDeleteBestnya artikel ni! Keep it up!
ReplyDeleteDaftar Syarikat Malaysia