SIRLOIN STEAK UNTUK DINNER

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum...

SELESAI tugas wajib tanpa mengelat untuk mengisi perut rakyat jelata dalam rumah hari ini walaupun dalam keadaan BDR. Sengaja Sk pilih BDR pada hari ini dan cuma akan masuk ke pejabat pada isnin dan selasa memandangkan Pak Inche cuti rehat pada hari ini. Kalau tidak, masuk je pintu rumah dia dah merungut lapar padahal banyak jer kedai makan di sekeliling taman ni, huwa huwa huwa.


Disebabkan tengahari tadi, Sk dah masak Asam Pedas Ayam jadi untuk malam ni kami anak beranak makan western. Semenjak dua ni memang kami cuma makan nasi (baca - Pak Inche) sekali sahaja sehari. Kalau tengahari dia dah makan nasi, malam tu dia nak makan benda lain selain nasi. Tapi, Sk ni kalau siang tu dah makan nasi, malam tu tetap kena makan nasi kalau Pak Inche siangnya tak makan nasi lagi. Jadi, tetap lah Mak Inche yang ... sila sambung sendiri.

Daging steak ni sebenarnya dah diperap lama tapi tak dimasak. Jadi, semasa memasak lauk tengahari tadi, Sk dah keluarkan siap-siap supaya lembut bila hendak dipanggang malam ni. Sk goreng wedges untuk menghabiskan stok serta panaskan green pea dalam tin. Pinggan yang ada banyak tomato tentunya pinggan Sk tapi nampaknya pinggan tu jugak yang Paling ada banyak wedges, hurmmm.

Esoklah ya Sk tayang lauk Asam Pedas Ayam tu, hahahaha.

SELAMAT BERADU



Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Fuyoooo memalam terjh sini rasa lapar plk hehe

    ReplyDelete
  2. menu yang nampak simple tapi sedap dan mengenyangkan

    ReplyDelete
  3. Menu dah macam makan kedai ni.. sedapnyaa... terus rasa nak order menate hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!