Assalamualaikum wbt
SEMALAM petang, sebelum balik, Fidah ajak bersarapan sama pagi ini. Hari Selasa, kebanyakan kopitiam di JB ni bercuti. Antaranya, Kopitiam Nona, WR Kopitiam dan juga Adam's Kitchen. Tak tahulah mengapa mereka ni pakat-pakat bercuti hari Selasa. Dalam kepala Sk ni, cuma terbayang Lempeng Kelapa Warung 60-an di Kampung Pasir. Ni gara-gara nampak Kak Amie nun jauh di Lahad Datu, tayang Lempeng Cair Sambal Tomato, la, semalam.. hahaha. Tapi, rupa-rupanya, Fidah mengajak makan Nasi Kerabu Kak Yah. Tak apalah, nanti SK tapau jer lempeng tu, fikir Sk.
Rupa-rupanya, Warung Kak Yah tak dibuka la. Depan warung tergantung papan tanda kecil waktu perniagaan, Selasa hingga Ahad, tutup Isnin. Kemudian ternampak satu papan polisterin diletakkan atas meja depan warung. Oh, Cuti Kecemasan, patutlah tak buka.
Tercapailah hajat anak tekak nak makan Lempeng Kelapa dengan Asam Pedas Ikan Sembilang Warung 60-an, pagi ni. Tapi, Sk tak ambillah ikannya. Makan lempeng dengan kuah asam pedas aje. Lempengnya, Sk potong kecil, kemudian celup dalam asam pedas. Tekstur lempeng kelapa tu, dengan sendirinya menyerap kuah asam pedas tu, fullamakkkk. Kemudian, hirup pulak Nescafe O panas-panas, perghhhh!
Warung ni bersebelahan jer dengan Warung Kak Yah. Dah lama tak makan sini, sistemnya masih sama. Lempeng perlu diambil sendiri (layan diri), kemudian, pergi ke kaunter lauk, minta kuah asam pedas. Kuahnya atau jika ada ambil ikan sekali, akan dicedokkan oleh pelayan. Jangan pandai-pandai pulak nak cedok sendiri, hihi. Selain lempeng, ada pelbagai kuih-muih siap dipek dan menu sarapan lain.
Tampoi
Terliur menengoknya, gebu gebas
ReplyDeleteNampak garing hellok lempeng kelapa tu..Kena plak dengan kuah asam pedas...ish...mau ada yang melempeng malam ni..hihihi
ReplyDeletesedapnya...lempeng cicah asam pedas...nikmat!
ReplyDeleteSedapnya lempeng tu. Sesekali kita nak juga makan lempeng hasil air tangan orang lain.
ReplyDelete