SARAPAN DI WR KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

TAJUK Sarapan tapi tengok gambar macam mentekadarah ke apo ni, Sk oi?
Berdua beranak dengan Iman jer ke WR Kopitiam yang menjadi antara lokasi bersarapan kegemaran SK. Walaupun begitu, tak dapat selalu pergi kerana walaupun dekat dengan rumah tapi jauh dari pejabat. Kalau dah ada di rumah, tentu-tentulah bersarapan di rumah sajo. Kalau dah sampai ke pejabat, nak bersarapan di sini, dah macam berpatah balik pulak. Nak nak pulak setahun dua ni kononnya jaga diet kan. Kalau dah ke WR ni, memang ke lautlah dietnya, hahaha.

WR tu merujuk kepada nama Warung Rose. Dah lama tak datang sini, baru tahu, kini, semua pesanan hendaklah dibuat di kaunter atau konsep layan diri. Kami ni, selamba la terus duduk, tunggu punya tunggu tak ada staf yang datang ambil pesanan. Sebelum ni, baru duduk dah ada staf datang bawa pen dan kertas catatan. Nasiblah dapat meja depan kaunter ni, kan. Kakak tudung coklat tu pun tanya, nak makan apa, boleh pesan di kaunter.

Lepas buat pesanan, dapatlah gajet ni ha. Dulu pertama kali kenal benda seakan ni masa makan di 4Fingers. Punyalah berdebar-debar nak tunggu dia bunyi, hahaha. Richiamo Coffee pun guna gajet ni dan juga di Kimstone Food Court. Jadi, tak tak seriau lagi la dengan benda ni. Tapi, sebab kami ni depan jer dengan dapur, diorang hantarkan aje ke meja, kecuali minuman, agaknya masa tu tengah sibuk dan dia tak perasan meja pelanggan tu depan mata aje.

Macam biasalah sarapan kegemaran Sk, Lontong. Semangkuk besar tu.. Kalau dulu, Lontong di WRK ni cuma ada sambal tumis, kali ni ada sambal kacang sekali. Memang sedap tak terkata. Rasa macam nak datang tiap minggu makan Lontong dia, hahaha. Macam lagi sedap dari lontong di Warung Sebelah Rumah MB pulak, ahhh.. Sk keliru, hahaha.

Sebelum makan Lontong, alas perut dulu dengan Roti Tibab 😝 Tak sahlah kan kalau ke WRK ni tak makan Roti Tibab ni, hihi. Hilang rindu nak makan Roti Titab di Kopitiam Kita. Nama Roti Titab tu dah dipaternkan oleh Kopitiam Kita, jadi dah tak boleh guna nama tu. Sebab tu kat WRK ni letak nama Roti Tibab. Di KL pun ada kan, tapi namanya Roti Kitab. Haaa.. janji ada bunyi Ti.. Ti... Tab Bab.


Egg & Chips atau Big Breakfast untuk Iman. Hidangan ni mengandungi dua potong tomato, sesudu besar kacang peas, potato wedges, dua batang sosej dan sebiji telur mata kerobau disirami sos yang sangat sedap. Makan dengan sos cili lingam lagilah sedap. Iman pulak tak makan kuning telur lembik cam tu, jadi, dapatlah ke maknya. Takkan nak buang, rugi woooo. Adoi, bak kata Mak Cella, tiga ekor ayam dah hilang keturunan, hahaha.


Tak boleh move on la sarapan di sini. Nampaknya macam nak kena repeat ni. Tapi, kena tunggu la kot ada hari yang BDR lagi. Tak pun pergi hari Jumaat.. kena zikir dari sekarang ni, hahaha.. hahahaha.

 WR Kopitiam

240, Jalan Kangkung, 
Gelang Patah, 81550 Gelang Patah, Johor


Buka setiap hari kecuali Selasa
8 pagi hingga 1 tengahari 

Telefon : 017-708 4573

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama kita suka lontong kuah kacang Kak.. sedap kann...
    *Punya panjang i taip tiber hilang hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tengok hidangan depan mata ni rasa nak tumpang sekali. Lontong dia mesti padu rasa dia. Kuah pekat, isi tak kedekut.

    ReplyDelete
  3. Adui la bila tengok lontong tu ha..

    ReplyDelete
  4. kalau dekat dah lama i menyinggah..hahaha

    ReplyDelete
  5. Perggghhhhh.... sarapan dia kemain lagi.
    Kita tolong zikirkan sekalilah ya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!