MENGOPI DI ADAM'S KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...

JARANG Sk mengopi malam-malam terutama jika keesokannya ialah hari bekerja tapi jika dah terlanjur berada di kopitiam, amat sukar rasanya tidak memesan secangkir kopi. Kisah malam tadi, disebabkan hari ahad merupakan hari libur bagi Pak Inche tapi dia tak mahu menyediakan makan malam, lalu SK memaksa untuk makan di luar. Kerana sepertinya tidak adil begitu, balik kerja penat-penat harus memasak untuk orang yang sedap bersandaran tengok movie tamil di rumah, hahaha.


Disebabkan anak bapak ini dua-dua sudah makan nasi bungkus lauk ayam waktu tengahari, kami memilih untuk makan santai-santai sahaja di Adam's Kitchen. Iman pesan Salted Egg Pau dan Sk minta Durian Goreng tapi baru habis pulak katanya, ke.. memang tak ada, haha. Lalu digantikan dengan Chee Cheong Fun atas permintaan Pak Inche.


Iman peminat Ayam Masam Manis.. disajikan bersama nasi putih. Tak puas kalau tak makan nasi, kata Iman.


Kuey Teow Daging Sk, banyak betul. Pak Inche berapa kali cakap, makan separuh, separuh lagi bungkus. Eh, tak bagi kita habiskan ke apa? Hahaha. Nak memenuhkan peti sejuk yang dah sedia penuh tu??? 


Terlupa nak snap pinggan Pak Inche masa baru letak atas meja. Makan di sini, memang servisnya laju betul. Sup sap sup sap dah sampai semua pesanan ke meja. Nak bernafas pun tak sempat, hahaha.

Adam's Kitchen
TD point. No.1, Blok F, Pusat Perniagaan, Taman Daya, 81100, Johor
Buka setiap hari 11 pagi hingga 10 malam kecuali Selasa tutup
Telefon 010 880 0156

 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pau tu nampak sempurna sungguh kejadiannya 😍

    ReplyDelete
  2. semua nampak sodap especially Chee Chong Fun tuh....

    ReplyDelete
  3. Tempat yang sehari ke sehari nak pergi tak pergi-pergi..ada je aralnya...adeiiii nak kena pergi gak try!

    ReplyDelete
  4. koey teaw dan bihun tu sngt menarik perhatian

    ReplyDelete
  5. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!