SARAPAN DI KOPITIAM NONA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

KEJAP jari-jemari menggenggam stering kereta pagi ni. Hujan lebat dan lopak air di sana-sini. Silap perimbangan, boleh tersasar kita dibuatnya. Tapi, syukurlah, sejuk sedikit bumi yang dah beberapa hari, mungkin minggu, kekeringan dek cuaca yang panas terik.


Dah lama tahu tentang Kopitiam Nona namun masih belum berkesempatan ke sini. Kopitiam ini dimiliki oleh anak kepada pemilik WR Kopitiam yang biasa Sk kunjungi di Gelang Patah tu. Bila dah sampai sini, baru tahu, ianya mengambil alih tapak kedai Kopikeju yang telah ditutup.


Fida 'tag' Sk di Fb Page Kopitiam Nona. Faham dah kalau kena tag-tag ni, hahaha. Jadi, kita tunaikan permintaan dia hari ni untuk bersarapan bersama.
 Kali terakhir bersarapan di luar dengan Fida dan Naza, kami ke Kelab Kopi Lama, lama dah tu, hahaha. Suasana di Kopitiam Nona ni lebih tenang tapi menunya tak banyak pilihan berbanding di WRK.


Naza dan Fida makan Lontong Kering. Walaupun ada menu Lontong, Sk kuatkan hati sebab nak makan benda lain. Selain Lontong Kering, Fida juga pesan Roti Bun Bakar.


Rindu nak makan Roti Telur Goyang atau nama dalam menu, Roti Tibab. Bukan Roti Titab ya, tapi Tibab. Tak boleh guna nama Titab sebab ia telah dipatenkan oleh Kopitiam Kita (Kota Bharu)


Tak nak makan Lontong sebab nak makan Egg & Chips. Terkejut tengok ada dua telur padahal sebelum ni pun biasa pesan set sarapan barat ni di WRK macam ada sebiji telur jer. Takkanlah nak makan tiga telur pagi-pagi ni, kan. Jadi, satu telur bagi pada Naza dan Fida. 


Tak menahan sarapan Mak Inche korang hari ni, hahahaha.. hahaha.

Kopitiam Nona

24, Jalan Nibong 17
Taman Daya, 81100 Johor Bahru

Buka setiap hari kecuali Selasa
7 pagi - 12 tengahari

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita tak menahan tengok roti tibab tu, rasa nak tibai je :D

    ReplyDelete
  2. Sedap sarapan Mak Inche. Takpe, next time datang boleh order lontong kering pulak.

    ReplyDelete
  3. Mewah dengan telur pulak ye SK.

    ReplyDelete
  4. Menduga la tengok entry ni SK dengan lontong memang x leh dipisahkan ye tak?

    ReplyDelete
  5. Saya nampak haritu.. kak Mia dah pergi... takleh jadik ni.. nak pergi jugakkk.. Hahahaha.. Sedap jugak menu pagi eh... Kecur gak tgk roti tibab tu .. baru tahu dah tuko nama jadi roti tibab ehhh..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!