Assalamualaikum...
KHAMIS lepas, Sk dapat whatsapp dari orang yang tidak disangka-sangka, blogger Warisan Petani 😍 Di kalangan blogger, beliau mesra dipanggil wak, sering berkongsi tentang pengalaman beliau tentang tanaman dan haiwan ternakan. Seronok baca blog wak, setiap kali wak post entri baru, mesti cepat-cepat klik. Kalau baca entri wak, macam terasa beliau sedang bercerita tentang aktiviti hariannya betul-betul depan mata. Tambah ilmu juga dalam bidang pertanian ni.
Teruja betul Sk bila wak bertanyakan alamat, terus tanya,
wak nak pos durian ke? Kahhh.. tak malu betul. Memang dah berapa kali, Sk hantar komen pada wak, menyatakan hasrat nak beli durian wak setiap kali wak bercerita pasal durian. Tahun lepas, masa boleh merentas daerah, ingatkan nak beli durian terus di kebun wak, tapi mungkin wak tak perasan Sk ada tinggalkan komen nak beli durian.
Hari Jumaat tu, tertunggu-tunggu jugaklah durian sampai. Tapi, yang musykilnya, dalam entri 'rambutan lok daun' wak, wak beritahu durian dah habis. Wak pun tak beritahu nak kirim apa, minta alamat tu. Nak tanya banyak, seganlah pulak 🤭
Sabtu, Sk keluar ke NSK, beli barang dapur. Dah balik rumah, tengok tak sampai lagi kiriman dari wak. Tak apalah, esok-esok sampailah tu. Agaknya wak guna runner, Sk terbayang orang hantar durian dalam bakul 🤣 Tengah menyiang ketam tidur tu laaa.. tetiba ada orang hantar barang. Tengok dia pegang kotak macam selalu Sk dapat kalau beli pinggan. Tapi, rasanya.. tak ada pulak Sk beli pinggan 🤣
Rupanya kiriman dari wak 😍😍😍
Terus tinggalkan ketam 😆 dan buka parcel dari wak. Aisehhhmannn.. betul laaaa wak kirim durian. Pak Inche kata, cepat masuk peti sejuk. Nanti malam boleh makan dengan nasi 🤭
Pak Inche la yang susun ni. Nampak muka happy sangat sebab Sk memang selalu cerita dia pasal durian wak ni. Dah lama dia ajak cari kebun wak tau 🤣
Terima kasih banyak ya wak sebab sudi kirimkan durian ni. Dapat jugak rasa durian yang selalu keluar dalam blog Warisan Petani tu. Semoga tahun depan, pokok durian wak memberi hasil yang lebih lumayan dan lebih ramai dapat menikmati durian wak. Semoga Allah swt memberi kesihatan yang baik, panjang umur, berbahagia dan sejahtera selalu buat wak sekeluarga, Amiinn Ya Robbal Alamiiinnn.
Alhamdulillah . Rezeki nak makan durian wak dapat jugak tu
ReplyDeleteWah terus dapat rasa durian daripada Wak. Hehe selamat menjamu selera.
ReplyDeleteWahhh rezeki SK & family. Terus follow wak sebab nak belajar lebih ilmu bertani hehe
ReplyDeleteSK....
ReplyDeleteBukan ker Wak suruh kasi alamat rumah saya sekali..Jangan ngelat aaa...🤣🤣
Kalau Covid-19 dah balik kampung, kita buat rombongan pi dusun durian Wak ye.
ReplyDeleteWaaa.. Alhamdulillah.. Siap pos tu.. Dahsyat,,
ReplyDeletewahh bestnyee. teringin nk mkn durian jgk ni..
ReplyDeleteWAaahhh rezeki dpt makan durian dari kebun WAk.
ReplyDeleteWahhh siap pos, rezeki Sk dengan family dapat makan durian dari kebunn wakkk
ReplyDeletewah rezeki dikongsi bersama..
ReplyDeletealhamdulilah, murah rezeki wak dan kak seri.
wah baiknya wak
ReplyDeletealhamdulillah tercapai juga hasrat tahun ni yea..
Alhamdulillah....tercapai hasrat...ikutkan rasa nak terjah je dusun wak tu kan....
ReplyDeleteWoww.. Hajat tercapai akhirnya... Moga dilimpahkan rezeki lagi buat Wak... Amin.. Rajin wak pos ekk.. Hehe..
ReplyDeleteOoo.. SK pernah merasa durian Wak rupanya. Syoknye! 😋 Untungla. Kenapalah saya tak tinggal di Johor. 😁
ReplyDelete