MAKAN NASI DAUN PISANG ASHOKA CURRY HOUSE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

SABTU.. sarapan di rumah, macam selalu la.. nasi goreng dan telur setengah masak. Lontong pun ada sikit lagi. Tengahari tu memang takde plan la nak masak apa.. Pak Inche ajak makan Nasi Daun Pisang Ashoka. Ingatkan, dia nak pergi cawangan Adda Heights, dah sampai depan Dataran Bandaraya baru Sk perasan, lain jalan. Dahlah dah tak berapa nak tengahari, risau tak ada lauk dah nanti.


Kari Kambing pun dah habis, mujurlah lauk Ayam Varuval ada lagi. Janji ada lauk ayam dah lega dah sebab ada orang dua beranak tu cuma makan lauk ayam dengan kambing aje. Dan mujurlah juga masih ada sayur kubis sebab tu jer la sayur yang depa dua beranak suka. 

Yang atas tu, Iman punya, yang belah kanan ni, Tuan Tanah Kedaung yang punya. Ada Sayur Nangka pulak kali ni, diorang punya stail pun macam melayu juga, buat masak lemak, tapi pekat likat la, tak macam kita masak berkuah.  


Jumlah semua termasuk tiga gelas ais limau, RM52. Murah sangat la ni berbanding makan kat Kanna Curry House. Tapi, kalau makan kat Kantin Kak Sabariah, lagiiiiii murahhhh.. hahahahahaha.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau gi kedai mamak suka tengok hand writing pekerja dia, mmg gulung2 tulisannya :D

    ReplyDelete
  2. nasibaik ada lg lauk ayam tu kan

    ReplyDelete
  3. papadom tu menggoda sungguh aih

    ReplyDelete
  4. boleh tahan juga harga RM52 untuk makan tengah hari...itu harga zaman sekarang

    ReplyDelete
  5. Ayam varuval yg glamer masa pkp... tp x pernah lg try buat

    ReplyDelete
  6. Dia tulis jawi ke tu? Tapi tak boleh baca tulisan dia.
    Dapnye, SK... nasi daun pishaanggg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...nak komen yang sama jugak🤭

      Delete
  7. Mak oiii....dia tulish Arab......hahaha...terliur tengok makanan tu semua...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!