RENDANG DAGING UNTUK RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

HILAL tidak kelihatan semalam menandakan hari ini umat Islam di Malaysia meneruskan ibadah puasa sehari lagi. Esok, barulah kita akan meraikan kemenangan menahan lapar dan dahaga selama sebulan.


Bagi mengelakkan kekalutan sekiranya 1 Syawal jatuh pada hari ini (Jumaat), Sk merendang pagi semalam. Daging untuk masak rendang memang telah dibeli dan dipotong kiub awal-awal. Iman dan Pak Inche dikerah memotong daging bentuk kiub sebesar satu suapan. Kali ini hampir empat kilo jugak la Sk merendang.


Sk lebur semua bahan dalam kuali sebagaimana cara ibu dan mak mertua Sk. Resepi Rendang Daging Sk semalam, ditaip di sini untuk rujukan akan datang.

Rendang Daging

4 kilo daging lembu potong kiub kecil
Santan dari 4 biji kelapa parut
700 gm cili kisar
7 batang serai
1 jengkal halia
1/2 jengkal lengkuas
1/2 jengkal kunyit hidup
6 biji bawang merah besar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 sudu biji ketumbar
3 keping asam gelugor
3 kiub pati lembu
300 gm kerisek
1/2 sudu garam
1 buku gula melaka
3 helai daun kunyit dihiris atau disiat-siat.

Cara-cara :

1. Masukkan daging dalam kuali yang besar.

2. Kisar halus serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar.. masukkan dalam kuali bersama cili kisar.

3. Bilas dan tapis jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar, sangai sebentar, kemudian kisar halus, masukkan dalam kuali.

4. Masukkan santan, buka api sederhana besar, kacau semua sebati dan biar mendidih sambil dikacau sekali-sekala supaya tidak berkerak.

5. Masukkan gula melaka, asam gelugor  dan kiub pati lembu.

6. Apabila rendang sudah pekat dan separuh kering, masukkan garam, kerisek dan daun kunyit. Masak sehingga mencapai tahap kekeringan yang diingini.


Setelah empat jam akhirnya rendang mencapai tahap kekeringan yang diingini. Kali ni Pak Inche pesan nak basah sikit, tak nak kering sangat. Baik, tuan!


Kakak Che Li buatkan ketupat palas. Dapatlah semalam berbuka puasa dengan ketupat palas dan rendang daging. Sedap ketupat palas, lama tak jumpa ketupat palas yang direbus. Sekarang banyak jumpa yang dikukus. Sk sendiri dah tak ada kerajinan nak memalas, beli jer la yang senang, huhuhu.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Empat kilo tu, lenguh tangan juga nak mengaco sampai kering. Sedap nampak rendang SK. 😋

    ReplyDelete
  2. Saya pun main lebur saja 5 kg daging. Resipi kita sama cuma saya tak bubuh jintan dan ketumbar.

    ReplyDelete
  3. Wow..banyak tu 4kg daging ..puas makan..
    Sayu pulak bila PI kata SK masak sama dengan mak dia..Pasti PI bangga SK masak sama macam mak dia

    ReplyDelete
  4. Banyak rendangnya takpe bawa ke hari ini dan esok untuk raya.
    Sayapun suka ada kuah sedikit.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!