MAKAN-MAKAN 9 ZULHIJJAH 1444H

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

SEHARI sebelum Hari Raya Aidiadha, Sk masih bekerja lagi. Cadang tu memang nak bercuti sehari awal tapi bila big bos mengumumkan kerja separuh hari pada hari rabu tu, Sk buat keputusan untuk bekerja. Lagipun hari tu kerja sampai pukul 12 aje, membazir jer kalau ambil cuti, hehehe.


Salah satu kemahiran yang tak ada pada Sk adalah menganyam ketupat (daun kelapa). Dalam family, cuma ibu dan Angah jer yang cekap menganyam. Sk beli ketupat segera saiz mini jenama Nona pek 30's.


Sk rebus 20 biji dulu dalam periuk noxxa untuk makan malam sehari sebelum Aidiladha. Ratakan dulu beras dalam sarung ketupat kemudian susun dalam periuk dan barulah masukkan air. Masukkan air lebih tinggi dari paras ketupat, untuk 20 biji ketupat ni, Sk masukkan air hampir separuh periuk.


Set Slow Pressure 30'. Kemudian biar la dia buat kerja. Buka-buka tutup periuk, eh, berkawad pulak ya masing-masing. Ketupat masak sempurna dan lembut ketupatnya.


Merendang adalah wajib setiap kali giliran berhari raya di Johor. Kalau beraya di Kedah, tinggal makan jer, hahahahaha.


Sk masak Soto Daging guna rempah soto Mak Pon. Pak Inche bila tahu rendang dah siap, balik kerja dia singgah beli lemang di Gelang Patah. Besar dan panjang lemangnya, murah pulak tu, baru RM15 sebatang. Jadi, inilah menu malam hari raya Aidiladha, Soto dan Lemang bersama Rendang Daging.. syukur Alhamdulillah 😍.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Aidil Adha utk SK sekeluarga...
    Menu malam raya pun dah macam pagi raya ni SK...sedap2 belaka 😋

    ReplyDelete
  2. salam aidil adha. abe kie buat korban spt biasa...nak rasakan kemeriahan hari raya. jika x korban x dpt daging la..

    ReplyDelete
  3. Noxxa ajar ketupat segera berkawad ye!
    Tumpang semulut ye SK... nak rasa rendang dengan lemang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!