HARI KETIGA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


DAH masuk hari ketiga ibu di wad, tiada harapan dapat balik awal bila ibu masih mengadu sakit di ulu hati. Kali ni katanya macam dijolok-jolok dan dikepal-kepal. 


Pelawat jiran bagi buah anggur kayangan. Pertama kali Sk makan yang warna merah ni.


Makan malam hospital, macam selalu la ibu paksa makan, Sk jamah sikit. Ni memang jamah ya. Bukan tak sedap tapi tak ikhlas tukang masaknya ni, tengok pun tahu 😆.


Masa mula masuk, semua katil penuh. Bila ada kekosongan, ibu tak mahu pindah, lebih selesa katil tepi dinding ni.


Sk beli nasi goreng dari kantin asrama dua bungkus. Cik Ani makan sebungkus, Cikwa makan sebungkus. Cikwa ambil giliran jaga malam.


Esok pagi ambil Cikwa dari hospital.


Sk beli nasi lemak daun pisang.


Bawa makan di restoran mamak 😆.


Dah di restoran mamak, haruslah makan tosei. Sejak ibu masuk hospital, jadual makan Sk agak huru-hara sikit. Tu takpa, asyik ter-order minuman manis aje, haihhhhh!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Syafakillah ibu 🤲
    Kadang tu bila stress, makan minum semua jadi tak menentu kan... apapun semoga dipermudahkan segala urusan SK sekeluarga ye

    ReplyDelete
  2. Takpe la SK, minum manis pun. SK perlu tenaga untuk jaga mak. Semoga emak SK cepat-cepat sihat.

    ReplyDelete
  3. moga cepat sembuh ibu. kenapa dada ibu sakit? doktor kata apa. Allahu ..kesian tengok nasi ibu tu. ye , nampak tak ikhlas dari rupanya.huhu

    ReplyDelete
  4. moga di beri kesembuhan bt emak akak...

    ReplyDelete
  5. Semoga diberi kesembuhan kepada ibu SK

    ReplyDelete
  6. smoga cpt sembuh ibu SK, bole cpt balik umh nanti

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!