MAKAN LAGI DI RESTORAN YX

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

DAHSYAT ya, penipuan maya zaman sekarang. Dulu.. jika mereka godam, mereka godam aje. Jika mereka tipu, mereka tipu aje. Sekarang ni, mereka bukan sahaja tipu, tapi godam sekali. Realitinya, godam tu pun dah satu penipuan juga! Cubalah cari duit dengan usaha yang berkah, bukan usaha menipu orang.

Ceritanya, masa telematch di Program Citra Pesona tu, dah nak masuk waktu asar, jadi, sementara tunggu azan tu, kami diberikan rehat sekejap. Memasing capai la handphone dan beberapa orang di antara kami dapat whatsapp dari 'salah seorang dari kami'. Contohnya, Sha, Fiza, Hajar.. tiga orang ni dapat mesej dari 'Ina', minta masukkan RM8K ke dalam akaun 'Ina' sebab kononnya ada kecemasan. Sha, Fiza, Hajar dan Ina pulak, sama-sama baru lepas telematch. Dah depan-depan hidung, apekehelnya pulak la nak berwhatsapp nak pinjam duit, kannn 😆. Sampai 8000 pulak tu 🤣.

Dahlah 'Ina' ni menyamar jadi Ina, tu dah tipu. Dia boleh godam ya akaun whatsapp Ina tu, dari gambar profile, nombor telefon dan nama sekali. Contohnya, mereka ni simpan nama Ina sebagai Kak Ina, profile whatsapp tu pun nama Kak Ina. Sebijik sejibun dia tiru! Jahat sangat! Maka susah hatilah Ina, semua orang susah hati jugak jadinya 🥹.

 

Masih lagi cerita hari Jumaat lepas, malam tu, kami tiga beranak makan besar di Restoran YX lagi. Iman geram sebab babah dan bonda pergi Makan di Restoran YX hari tu tak bawa dia 🤭. 


Sk tanya staf yang ambil pesanan tu, udang yang offer RM3/seekor tu ada lagi tak? Hari-hari ada, jawabnya. Minimum order lima ekor. Kami pulak tiga orang, nanti seorang dapat seekor, tak adil pulak. Kami bayangkan kena ganda pesanan tu, 5.. 10.. 15. Ke.. nak sorang dua? Macam faham aje promoter tu, Nuzul namanya. Haa.. boleh ke ambil 6? Boleh! Terus ambil 6 ekor la, baru RM18. Memang belum jumpa lagi harga udang macam ni di restoran makanan laut lain. Udang saiz XL ya, makan sekor sorang pun cukup. Lagi tiga ekor, mintak bungkus, hihi. Cuma masakannya simple la.. tak bersambal-sambal, udang tu dia goreng deep fried kemudian goreng kilas bersama kicap dan madu bersama daun bawang dan bawang putih dikerat dua. Udang, kan.. masak apa pun sodappp!


Kegemaran Pak Inche la ni, Sizzling Bean Curd (RM12). Di sini memang dia letak tofu dan telur aje, tak macam di Restoran Yeo Sekeluarga, ada udang kecik-kecik dan capsicum. Sk lebih suka rasa sos sizzling di YX ni la banding di tempat lain.


Selalu, jika ada Iman, ambil Sotong Telur Masin tapi kali ni Iman yang cadangkan Sotong Sambal (RM25). Sedap, kali ni taklah rasa sos tomato sangat. Sotongnya lembut menandakan masih segar.


Broccoli with Mushroom (RM30)
Mahal betul, lagi mahal dari udang dan sotong 🤭. Tapi, cendawan shitake tu memang dia masak seketul-seketul, sebab tu la agaknya mahal. Brokoli pun tak murah kan sekarang.


Siput Gong Gong (RM25) saiz S. Sk makan tiga ekor jer, tu pun sebab Iman tolong cucukkan isinya. Sk malas campur tak nak, tapi dah Iman hulur paksa makan. Sedaplah cicah dengan sos cili homemade tu.


Lemon Crispy Chicken (RM20). Ni memang sedap, walaupun ia bukan makanan laut tapi menu yang kerap ada di restoran makanan laut 😆.


Pesan semangkuk Sharkfin Soup saiz individu RM20. Makan berdua jer dengan Pak Inche, Iman tak nak. Letak cili padi tu, baru sedap dan menyelerakan.


Ikan Siakap Tiga Rasa (RM44). Berat ikan 800 gram, sekilo RM55. Tapi, kalau tengok saiz ekor ikan tu macam sekilo dah. Selain udang tak habis, ikan ni pun makannya separuh aje, lagi separuh tapau. Masakan tiga rasa kat sini antara yang tidak mengecewakan kami.


Termasuk tiga mangkuk nasi putih, tiga gelas jus markisa, secawan aiskrim gelato dan segelas ais kosong, RM249.70. Tengok bil baru perasan kat situ ada caj kacang RM3, tak perasan masa semak bil sebelum bayar hari tu.. isk isk isk. Tu takpa, bayar cukai SST dan servis jer dah RM20.62. 


$3k@li-$3k@la
🤭

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Menarik menu2nya. Siakap 3 rasa dari gambar nampak ok tapi rasa tak ok pula ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok rasa siakap tiga rasa tu, mesti salah pemahaman ni 😆

      Delete
  2. Hehe banyak pesannya. Ada pencuci mulut juga.

    ReplyDelete
  3. Okaylah harga macam tu...sekali-sekala.
    Tapi, kan...Tengok sizzling beancurd tu macam sedap jer. Ni yang nak cuba buat nih. Hu3.

    ReplyDelete
  4. Aiseh tersilap baca tentang siakap 3 rasa tu.

    ReplyDelete
  5. Macam biasa la masuk wishlist lagi, mama dania pantang seafood sementara so lepas bulan 2 baru makan seafood semula ye..hahahaha

    ReplyDelete
  6. selalu baca blog kat phone nampak perubahan kat layout...rupanya mmg bertukar layoutnya pun.

    apa kes cendawan lagi mahal dari seafood kan?..tp menggiurkan lagi mengairahkan gambar2 amik dari jarak dekat ni. masa tengok mushroom tu ammi terbyang2 bila msuk mulut Ya Allah...melimpah2 jusnya dalam mulut. Adoiiii kekejaman level apakah ini?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!