BERBUKA PUASA TONG TONG DI VIVO CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum…

"BONDA... Yaya teringin nak makan dekat sini, laaa," pancing Iman di suatu hari pada minggu lepas, beberapa hari puasa masa tu, ketika kami jalan berdua di Paradigm Mall JB.

"Yaya nak belanja ke?"

"Alaaa.. Bonda la belanja…," sambil buat muka kesian.

Memikirkan memang tak pernah pun nak singgah makan di sini, maka kita layankan sajalah hajat Iman nak berbuka di Vivo Café. Vivo ni seingat Sk dulu bermula dengan perniagaan pizza take-away jer kat Taman Pelangi atau Taman Sentosa. Masa tu boleh dikatakan seminggu dua tiga kali Pak Inche tapau pizza sebab ada harga promosi pembukaan kedai. La ni dah ada beberapa cawangan café dan bukan setakat pizza aje tapi macam-macam makanan ada. Kalau ditengok dari segi dekorasinya makanya sediakan sahajalah ongkosnya, huwa huwa huwa. 


Kami menuju ke Buku Menu yang terbentang di luar café. Datang seorang staf menyapa. Sk bertanya, kalau perlu membuat tempahan meja untuk berbuka puasa. Takut jugak kalau penuh nanti karang meleleh lagi air liur Iman Fatiha, hahaha.

"Kalau nak booking meja kena order terus makanan, boleh masuk ke dalam,'' pelawanya. Amboiii.. takut pelanggan tak jadilah tukan. Jom.. masuk! Sambil memesan, beberapa kali Sk ingatkan Iman bahawa dia yang kena belanja semua sebab dia yang ajak, hahahah.

Kami terus memesan beberapa makanan dan minuman. Apabila hendak membuat bayaran, Iman keluarkan duit seratus. Alahai, kesian anak Sk ni, kan.. tak sampai hati kita terus hulur dekat dia 50. Terus senyum sampai telinga, hahaha.

Sorrylah, Panjang pulak cerita anak beranak ni sebelum awak dapat tengok gambar makanan. Errr.. nak tengok ke?? Risiko tanggung sendirilah yek.


Seafood Pasta untuk Sk. Macam selalu, la.. kitakan peminat pasta. 
Spaghetti yang digunakan bersaiz agak besar jugalah dan dimasak seeakan menu fusion. Dalam tu ada udang dan isi ikan. Sedikit pedas dan sedap jugaklah. Sebelum tu Sk dah pilih Seafood Marinara tapi tak jadi sebab Sk teringat rasa sos marinara yang agak masam. Nasib baik terpandang menu pasta ni dalam menu lampiran dan untuk hidangan ini ada add-on minuman RM5.90 sahaja.


Baked Spaghetti Bolognese untuk Iman. Ini adalah set value tau di mana ia termasuk dengan minuman. Jadi, kalau ambil set ni dah kira jimatlah tak payah dah beli minuman lain. Pastanya dibakar agak kering dipermukaan tapi rasa Bolognese masih sedap lagi. Tak silap set ni dalam RM18.


Iman nak pizza, mana kenyang makan spaghetti aje katanya. Tengoklah perut, kan.. hahahaha. Okey, yang ni Pepperoni Pizza, set value juga didatangkan dengan minuman, harganya sama dalam RM18.
Crust pizza ni thin katanya tapi tetap gebu dan taklah terlalu nipis. Pepperoninya pun lembut, boleh dikatakan sedaplah pizza ni. Makanlah dua keping sorang, kalau tak kenyang jugak tak tahulah nak kata apa, hahaha. 


Cuma bila jalan berdua aje boleh makan tempat macam ni sebab Pak Inche tak minat makan macam ni. Dia cuma suka makan di Seafood Restaurant atau Kedai Tomyum Panarae Village aje, kalau pergi tempat macam ni ada saja yang tak kena, nanti hati kita yang sakit balik, baik tak yah ajak, kah kah kah.

Oooo.. warung? Warung pun dia tak suka lagilah Warung Pak Jabit tu jangan diajak memang dia reject, hahahaha.


Layankan ajelah budak seorang ni nak berdessert bagai. Sk pun suka jugak layan dessert tambah-tambah aiskrim, amboiii.. tak padan dengan batuknya. Sejak sebelum puasa tu dah batuk belum sembuh sepenuhnya, bulan puasa layankan pulak Teh Ais la.. Jagung la.. Mango laa.. sendiri mahu ingatlaaaaaaaaa.. 


Mekaseh la Iman, tong tong makan. Tak lama lagi Iman nak duduk jauh dari bonda jadi gunakan kesempatan dan ruang yang masih tinggal. Kena terima hakikat, suatu hari nanti anak-anak akan meninggalkan kita sebagaimana kita meninggalkan ibu yang melahirkan kita. Yakin, Allah ada.. Allah akan jaga anak-anak kita.

Sobs.. Sobsss..

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Huhuhu bab tong-tong makan ni memang kadang Mak tak sampai hatikan...tapi biorkan bagi rasa, nak makan sedap, so kena bayar sesama hahaha...

    Bab ayat last tu, nanti akan ada satu hari bulan pose, pasti berbuka dengan airmata huhuhuhu arghhh tak suka perasaan itu....

    ReplyDelete
  2. aduhhhh sedih pulak baca ayat last tu...huhuhuh...betul sangat!

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah.. iman anak yang baik.. best jugak sesekali makan tong tong ni.. hahahaha~ anak saya yang 9 tahun pun saya ajar macam ni.. biar ada empathy dalam diri dan fikir tentang orang lain..

    ReplyDelete
  4. iman nak belajar jauh ke??? 😭😭😭😭 makan tonh tong ni ler kadang palingg best... klo dlm fmly, ain ler tukang pilih menu yg sesuai nk di tong tong kan.🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!