MAKAN DI RUSIM KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

KISAH Sabtu lepas, yang konon-kononnya nak Jalan-jalan ke Melaka, tapi tak jadi. Kami ke Aeon Tebrau sebab Iman nak ajak babahnya makan di Sanook Kitchen. Sampai depan restoran, nampak ada papan bertulis 'Take Away Only'. Alasan staf, banyak barang habis. Macam tak logik, ke pinggan yang habis?? Hehehe. Buntu jugak sebab tahulah Pak Inche tu agak cerewet sikit, kan. Dia ajak makan seafood kat Pasir Gudang, tapi kami berkeras nak makan dalam Aeon jugak, hahaha.


Cuba nasib di Rusim Kitchen. Mudah-mudahan menepati selera, kalau tak tepat, sekali ajelah datang makan sini, kan.


Suasana di Rusim Kitchen yang have-have.


Cap Ibu dan Anak


Tiga beranak.


Tomyam... lulusssssss. Tapi udangnya cenonet sungguh.


Orange Sauce Chicken. Sedapppp.


Terpaling sedap, Sambal Squid. Sotong lembut dan ada letak bendi. Suka rasa sambal dia.


Servis pantas, makanannya pun sedap.


Pak Inche nak Siakap Stim Hong Kong.


Jeng jeng jeng!


Ehemmm.. sedaplah masakan Stim Hong Kong, nya. Sos tu walaupun tak begitu cair tetapi tidaklah masin.


Diakui sedap.. servis pun pantas, plating pun cantik, suasanan indah, haha.

Rusim Kitchen

Aeon Tebrau, Johor Bahru.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jauhnya nak makan sedap macam ni.....kalau sesat ke JB nanti bleh la ajak SK dating ke sini...ehhehhhhhh

    ReplyDelete
  2. Elok jew menenggek siakap stim hong kong tu ye SK.
    Cantik warna ayam orange tu.

    ReplyDelete
  3. Macam tak perasan pulak Rumis Kitchen ni.. nanti try laa cari...

    ReplyDelete
  4. Tergelak...tiba ada cap ibu dan anak🤣
    Mata saya sorang saja ka yang perasan PI makin slim?🤔

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!