Assalamualaikum WBT
Sambungan kisah Bercuti Di Bertam Resort Penang
WALAUPUN tujuannya hendak jjcm di Penang, tapi kenyataannya, bila usia dah mencecah angka 50 ni, dah tak boleh makan banyak dan banyak kali macam masa muda dulu. Siang tu, dah makan nasi dengan ikan bakar kat Hashim Ikan Bakar, kan. Petangnya makan pulut udang dua batang seorang, dan petangnya lagi, pergi makan Mee Sotong dan Pasembur pulak, jadi malam tu kami bercadang nak makan ringan-ringan di mana-mana cafe yang berhampiran sahaja, tak mahu pergi jauh-jauh. PI buat carian dan jumpa Acocafe ni yang mengambil masa perjalanan kurang dari 30 minit.
Cafe ini menampilkan tema klasik dengan menu western dan local. Selain tu ia juga menawarkan kek potong dan desserts.
Ni la punca yang membawa kami ke sini.
Cantik latar belakang di salah satu dinding cafe. Cafe ni mengambil dua lot kedai dan jika nak meraikan hari jadi, mereka akan pasang lagu. Kalau nak request tulis happy birthday atas piring kek pun boleh, siap letak lilin lagi.
Pilihan pelbagai pastries yang mengecurkan air liur.
Barista menyediakan kopi di kaunter.
Jus epal untuk PI dan Sk pesan Coklat Ais. Memang jjcm kali ni tak ada cut sugar la. Nak enjoy puas-puas nanti bulan 7 baru cut sugar semula. Azam la ni kononnya.
Air tadi minum sikit, lebihnya bawa balik hotel. Sebabnya dah terpesan jugak Kopi Kampung. Kopi kampung ni datang dengan lima keping biskut hup seng. Manalah cukup biskut tu 5 keping, Sk tambah lagi 5 keping (RM1/5's).
Satu mug kopi tu boleh minum 4 orang la kalau sorang secawan, hehehe. Bersungguh eh mencicah biskut sambil mengopi berdua ulang-ulang sampai habis kopi satu mug besar tu.
PI pesan wrap inti daging. Besar betul wrap tu mujurlah Sk tak pesan makanan lain. Sebabnya masih kenyang lagi dan risau tak habis. Fikir kalau malam-malam lapar, tahan aje la sampai pagi, hihi.
Dorang pulak macam tahu-tahu aje, kan.. dah potong dua siap-siap wrap tu, jadi, kami minta satu pinggan, bahagi sorang separuh. Memang sungguh kenyang walau makan separuh sebab intinya padat dengan daging dan sayuran.
Burp.. Alhamdulillah.
Klasik sungguh hidangan kopi tu. Rasa macam minum petang di rumah kampung pulak ya.
ReplyDeleteSaya tengok hari operasi tu, tak ada pulak hari Sabtu. Tutup jugak macam hari Ahad ke? Saya selalu jugak ada ke Bertam, tapi hujung minggu.
Menarik juga cafe macam ni. Vibes dulu2 tu cicah biskut kopi o.
ReplyDelete