Assalamualaikum WBT
Raya ini raya yang berbeza
Sayu tanpa sahutan suara
Tiada tubuh memeluk
Bau harumnya tanganmu
Hanya Tuhan yang tahu betapa aku
Raya ini raya yang berbeza
Sepi tanpa panggilan suara
Tiada lagi terasa suapan ikhlas jarimu
Hanya Tuhan yang tahu betapa aku rindu beraya denganmu
Raya ini raya yang berbeza
Senyum gugur di penghujung doa
Bahagia kau di sana sampai ketemu semula
Hanya Tuhan yang mampu menjagamu untukku
Andai syurga mendengar rinduku
Tembuskan salam rindu padamu
Pasti indah alunan takbir Rayamu di sana?
Hanya Tuhan yang tahu aku terlalu rindu beraya denganmu



alaaaaa....meleleh air mata kita SK.....tahun ni tahun ke 2 raya tanpa arwah mak
ReplyDeleteBila Ramadan menjelang rindu pada Ibu bapa yang telah tiada akan menjelma. Hanya fatihah sahaja yang dapat di doakan.
ReplyDeleteammi belum lagi dengar lagu ni full version. rasa mcm baru je ibu SK pergi tapi tahun 2024 rupanya. cepat betul masa berlalukan. Ni bakal tahun ke 5 kami raya tanpa arwah mama.
ReplyDeleteDekat tiktok pun memang lagu ini jelah yang dok keluar... sedih vibe nya
ReplyDelete