Al Fatihah...

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
HARI ini rakyat Johor kehilangan ayahnda yang dikasihi Al- Mutawakil Allallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Sebenarnya berita kemangkatan Almarhum telah saya ketahui usai mengaji Al-Quran selepas solat Maghrib malam semalam. Kira-kira jam 12 malam, saya, suami dan anak menyusuri jalan Pantai Lido bagi melihat keadaan di sekitar istana.
Dari jauh saya melihat Istana Bukit Serene terang benderang. Bendera putih dengan lambang bulan sabit dan bintang jelas kelihatan berkibar separuh tiang. 'Theme Park' Danga Bay, yang berhadapan istana sudah sunyi sepi jauh dari kebiasaan yang selalunya riuh rendah dan happening pada setiap malam minggu.
Kami meneruskan perjalanan ke Istana Besar. Kira-kira 1km sebelum sampai ke destinasi suasana jalanraya mulai sesak. Kami dapat melihat beberapa kakitangan istana yang bersongkok hitam dengan lilitan putih sedang berdiri mungkin menunggu arahan tugasan seterusnya. Walaupun lampu-lampu mahal menerangi tengah malam, namun suasana pilu jelas terasa lebih-lebih lagi ruangan udara Best 104 yang kami pilih sedang menyiarkan bacaan dari ayat suci Al-Quranul Qarim.
Melewati perkarangan pintu gerbang ke kawasan istana, orang ramai mula membanjiri walaupun jelas jam di dashboard menunjukkan 12.05 tghmlm.
Jelaslah kini, kami memang benar-benar kehilangan baginda. Dari kejauhan ini, saya doakan agar Allah swt mengampunkan segala dosa dan meletakkan baginda di kalangan orang-orang yang beriman, Amin
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!