MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, January 7, 2010

Hanya SATU




HARI ini saya ingat nak siapkan sambungan novel komik bersiri saya yang dah berminggu-minggu tergendala. Entahlah ya, nak kata banyak sangat kerja, tak juga, tapi kadang-kadang bila rasa malas tu datang dan dibiarkan maka bertimbun-timbunlah hingga ada yang hilang. Tak tahulah salah letak atau terlupa nak potong.

POTONG?! Haha.. saya sebenarnya sedang mengumpul novel komik bersiri dari Berita Minggu yang bertajuk Hanya Satu karya Jayaputra. Sebenarnya minat mengumpul keratan akhbar dan majalah yang menarik ni telah saya lakukan sejak Tingkatan Satu.

Antaranya saya mengumpul sajak, puisi, cerpen dan novel bersiri. Selain dari minat menulis dan mengumpul tulisan dan karya orang lain ni, saya juga banyak berkarya dengan menghasilkan lukisan potret. Sayangnya kebanyakannya telah rosak ditelan masa jadi bagi saya yang tak suka menyimpan samah sarap ni saya tutup mata dan buang dan meyakinkan diri bahawa saya boleh buat lagi.

Tetapi sekarang saya mulai sedar betapa berharganya karya-karya dan hasil kerja saya yang telah ditong sampahkan. Memang adakala menyesal tetapi saya tidak mahu hidup dalam dunia penyesalan dan menoleh ke belakang.

Jadi saya harap apa yang saya siapkan ini akan menjadi kenangan yang berharga untuk anak saya andai saya tiada kelak. Oh, ya.. kat belakang buku skrap ni ada juga saya selitkan kisah seorang insan yang tercampak dari tanahairnya tetapi dengan kuasa Allah swt, akhirnya jenazahnya dapat dikebumikan di tanah tumpah darahnya. Yang membuat saya dekat dengan cerita Arwah Nenek Mariam adalah kerana kisah tersebut ditulis oleh orang yang saya kenali iaitu Kak Baiyah dari Berita Harian dan wartawan-wartawan dalam kisah tersebut adalah yang pernah seangkatan dengan saya dulu, Ibrahim Isa dan yang saya kenali Azida.

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...