MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, March 25, 2010

Dadih Berlapis Jeli Kristal

SALAM SEJAHTERA, semoga anda semua sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa, insyaAllah.
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini, macam-macam rasa terlintas dalam kepala. Kalau cuaca panas maka terbayanglah pelbagai jenis minuman bergas dan berais. Tetapi, awas ya, minuman bergas tu tak elok untuk kesihatan dan Alhamdulillah, saya anak-beranak memang amat jarang mengambil minuman ini. Tapi kalau Bandung Soda tu... memang gagallah plan nak kurangkan pengambilan gula.. hehehe..
Kalau cuaca sejuk pula, perut cepat lapar. Lebih-lebih lagi masa menonton tv selepas makan malam tu. Bapak dengan anak, sama naik.. asyik ke dapur membongkar peti ais dan almari mencari segala jajan dan aiskrim.. macam tak kenyang-kenyang.
Kasihankan anak yang selalu lapar malam tu, saya rajinkan diri jugak buatkan dadih kegemarannya. Jadi kalau dia rasa lapar tu, senang sikit, tak payah nak pening-pening, suruh jer ambil sendiri dalam peti ais, senanglah saya bertenet lama-lama depan laptop buruk saya ni.
Sebenarnya saya pernah terjumpa resepi dadih, tetapi akibat penyakit 'M' (malas dan nak yang mudah-mudah je), saya beli je dadih segera ni. Nak bagi menarik, buatlah berlapis, jadi sedap dipandang mata... hehe.
Tak buat banyak, cukuplah untuk seorang anak, mak dengan bapaknya lebih suka mengecek semasa anaknya makan, jadi saya kurangkan sukatan daripada panduan menyediakan pada bungkusan dadih.
Pencuci mulut ni (pencuci mulut ke...??) saya buat Ahad lepas di mana saya lapiskan dadih vanila dengan jeli kristal perisa oren. Maaflah, gambarnya tak berapa cun, gara-gara malas juga saya suruh Yaya ambil gambar. Tapi rasanya memang enak dan melekat dalam jiwa.
Jom kongsi resepi orang malas ini.. hehe

Dadih Berlapis Jeli Kristal
Bahan-bahan:
Bahan A:

1 bungkus Jeli Kristal Nona perisa oren
400 ml air
Cara-caranya:
1. Masakkan jeli kristal bersama air. Kacau rata sehingga mendidih.
2. Tuangkan ke dalam acuan. Biarkan ia beku kira-kira 30 minit di dalam peti ais.
Bahan B:
1000ml air
130ml susu cair
30gm gula
120gm serbuk dadih berperisa vanila
1/3 peket gula buah-buahan (ada di dalam bungkusan dadih segera)
Cara-caranya:
1. Apabila jeli sudah beku, panaskan air, susu cair dan gula hingga mendidih.
2. Tutupkan api, masukkan serbuk dadih dan gula buah-buahan. Kacau rata kira-kira lima minit.
3. Tuangkan bahan ini ke atas lapisan jeli tadi. Biarkan beku di dalam peti ais dan bolehlah dinikmati.

Macammana, mudah sangat kan. Jadi kalau rasa dah tak de idea nak sediakan pencuci mulut tu bolehlah sediakan dadih berlapis jeli kristal yang mudah ini. Tapi kat rumaha saya tak jadi pencuci mulut dan memang asyik masuk mulut jer..

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...