MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Iman itik jalan-jalan jeruk Johor kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik muffin myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang ngeteh no label novel nukilan untuk teman ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, March 18, 2010

laksa penang menantu mami punya cerita



SALAM SEJAHTERA... suka Laksa Penang tak? Saya pasti ramai yang menggemari laksa tak kisahlah laksa Penang ke, Johor ke, Kelantan, Sarawak, yang pasti laksa ni dah menjadi juadah rasmi negara kita.
Saya paling suka makan Laksa Johor. Kalau makan harus tiga empat kali bertambah. Kadang-kadang tu, konon kuah dalam pinggan banyak lagi, tambah spagetti. Lepas tu, spagetti ada lagi sikit dah kering dalam pinggan, tambah kuah pulak. Kuah ada lebih tambah spagetti, spagetti kering tambah kuah.. hah, tu yang jadinya makan tak ingat dunia.. kih..kih.. kih.
Isk, nak cerita pasal laksa penang ke laksa Johor ni??? Hehe, mesti keliru kan. Memanglah, saya nak cerita pasal laksa penang. Saya ni dulu sebenarnya agak kurang gemar dengan laksa penang. Tapi almaklumlah, dah kahwin dengan orang utara, jadi setiap kali balik kampung tu, laksa penang ni wajib ada atas meja. Pernah jugak saya tak menyentuh langsung laksa penang yang dihidangkan tu. Maklumlah, dah ada makanan lain.
Bukanlah tak makan langsung, cuma kurang gemar dan saya pun tak ingatlah sejak bila mula pandai makan laksa penang. Dah pandai pun nak masak sendiri. Resepi ni saya masak sendiri pakai campak baling pasal saya pernah cuba masak berpandukan resepi tapi rasanya yang ado. Jadi yang ini saya olah sendiri ikut apa yang terlintas dalam kepala dan panduan pada bungkusan laksa segera.. hehe.
Sebenarnya pada pandangan sayalah, resepi-resepi jenis lauk pauk ni sukatannya mengikut kita. Ialah, contohnya kalau bawang tu, dalam resepi tu suruh letak 6 ulas, bawang ni ada macam-macam saiz. Lada 10 tangkai, pun ada macam-macam saiz dan saya pun tak pernah kira berapa tangkai lada saya letak. Tapi saya nak kongsi petua dalam masakan supaya sedap (macam masak sedap sangat ek). Contohnya,kalau anda nak buat sambal belacan, masukkanlah bilangan yang ganjil, contohnya lada merah lima tangkai, cili padi 9 tangkai. Boleh juga praktikkan kalau nak masak lemak cili padi. Tapi petua ni saya gunakan kalau sediakan dua perkara tu jerlah. Kalau sambal tumis atau gulai asam pedas tu biasanya saya akan kisar lada dan bawang dalam anggaran yang banyak, dua atau tiga minggu sekali supaya lebih mudah. Kalau nak masak tu, terus je capai dalam peti ais, maklumlah saya ni bekerja. Jadi lepas 'punch out' kat ofis tu, ambil anak balik sekolah, terus 'punch in' kat rumah pulak. Ermm, nak buat macammana kan, duit bukanlah segalanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Jadi takkanlah setiap hari nak beli makanan siap, sekali sekala kenalah pulak memasak terlanjur ada bahan-bahan di rumah. Kalau dah tak ada tu, lainlah ceritanya tak...
Jadi, masa masak laksa penang tu saya teruslah gunakan lada, bawang yang sedia ada dikisar dalam peti ais tu. Sebab tu bukan tak nak bagi resepi laksa penang menantu mami ni tapi saya takut terbagi ajaran sesat. Tak mahu dituduh memberi resepi tipu atau menipu resepi, tak baikkan..
Kalau resepi kuih-muih tu lainlah. Kalau 100 gram tu, semua orang timbangannya sama, betul. Cuma mungkin saiz sudu kecil dan sudu besar rumah kita je lain-lain.
Tapi, saya cuma nak kongsikan di sini, (mungkin ada yang tahu, yang tak tahu boleh tambah ilmu) ikan yang paling sesuai nak dibuat kuah laksa penang ni ialah ikan selayang atau di utara dipanggil ikan sardin. Masa merebus ikan tu, letaklah beberapa keping asam keping dan garam secukupnya. Bila dah sejuk atau suam, keluarkan ikan dari periuk dan tapiskan air rebusan. Kemudian isi ikan sahaja dikisar bersama air rebusan ikan tu. Bahagian kepala dan tulang tu dikisar berasingan dan ambil airnya sahaja (tapis) masukkan semuala dalam air rebusan bersama isi ikan yang dikisar. Kemudian bolehlah terus memasak kuah laksa mengikut resepi yang anda ada. Kalau cara saya, saya masukkan serai, sedikit lengkuas, bunga kantan dan daun kesum. Saya juga letakkan serbuk belacan dan serbuk ikan bilis maggi serta air asam jawa adabi. Pada saya tiga benda ni memang wajib ada dalam peti ais dan sentiasa dalam stok di kabinet dapur. Tanpa tiga benda ni macam tak menjadi pulak kalau nak memasak.
Satu lagi, bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama laksa penang tu pun penting jugak. Kalau di utara tu selalunya ada daun gajus, tapi di sini agak sukar nak cari. Selain tu daun salad, timun (semua orang pun tau ek) bawang, ada satu daun tu, saya lupa pulak, nanti dah ingat saya update ya. Ada juga yang letak nenas (saya suka sebab ada manis buah sikit, tapi suami tak taruk)dan telur rebus(tak wajib tapi lagi best kalau ada). Jangan lupa pulak hirisan lada merah atau yang suka pedas tu boleh guna cili padi.. berasap you.. Perahkan juga jus limau kasturi atau limau nipis. Satu lagi ada orang (terutama suami saya) suka masukkan otak udang dalam hidangan laksa dia, tapi saya tak suka sebab pada saya rasa kuah laksa tu akan rosak nanti. Macam-macamlahkan, ikut selera masing-masing. Yang pasti, laksa yang saya masak telahpun berjaya dihidangkan pada sambutan ulangtahun ibu saya minggu lepas. Bertambah-tambah sampai suami saya makan walaupun dia kata tak sedap. Hmmm, tapi tengok cara dia makan, saya tau sedap.. hehe (mungkin kalah dengan kakak dia masak, hihi.. jangan marah ye kak). Ala... suami saya ni, saya masak apapun dia kata tak sedap, tapi makan banyak. Mungkin itulah caranya menyatakan sesuatu itu sedap, bukan dengan perkataan tetapi dengan perbuatan. Saya pun dah tak kisah, dah tak kuasa nak merajuk. Tapi kalau dia yang masak, asyik puji diri sendiri... wakakah, konon dia chef.. nyampah!

1 comment:

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?